Abd Mohd Khalid Mohd Ali


Abd Mohd Khalid Bin Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali dilahirkan pada Mei 1957 merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia pada era 1970an yang bermain di posisi pemain tengah.[1] Beliau antara barisan pemain skuad negara di pusingan kelayakan Olimpik Moscow 1980.[2] Beliau juga merupakan seorang pengkritik bola sepak negara.[3]

Abd Mohd Khalid Mohd Ali
Maklumat peribadi
Nama penuh Abd Mohd Khalid Bin Mohd Ali
Tarikh lahir (1957-05-01) 1 Mei 1957 (umur 64)
Tempat lahir Ampang, Malaysia
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1976-1980 Selangor FA
1981-1982 Kuala Lumpur FA
1983-1985 Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1977-1985 Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik


PendidikanSunting

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur dan pendidikan menengah di Ampang Road Boys’ School (ARBS). Semasa di ARBS, Khalid Ali mewakili negara dalam Kejohanan Remaja B-19 AFC di Bangkok pada 1974 dan Kuwait pada 1975. Seterusnya beliau ke High School Setapak dan mewakili pasukan Selangor dalam Piala Burnley.

Kerjaya Bola SepakSunting

Beliau mewakili pasukan bolasepak Selangor dari 1976 hingga 1985 dan Mewakili pasukan bolasepak Malaysia dari 1977 hingga 1985.

Beliau juga menganggotai skuad Malaysia bimbingan Karl Heinz Weigang yang menjuarai Kumpulan 2 kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dengan menjaringkan enam gol dan menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang pusingan Kelayakan Sukan Olympic di Zone Asia tersebut yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.[4] Paling mengejutkan adalah bagaimana perubahan posisi Khalid dari back kanan ke midfielder bertahan yang dilakukan oleh Weigang, menjadikan dirinya cukup digeruni pemain lawan seperti Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Anak kelima daripada sembilan adik beradik itu baru berusia 22 tahun semasa kejohanan berlangsung, bergandingan mantap dengan Datuk Shukur Salleh di bahagian tengah selain Datuk Abdah Alif serta Bakri Ibni. "Saya memulakan karier dengan Selangor dalam Piala Burnley kemudian Piala Malaysia sebagai bek kanan sejak tahun 1975 tetapi Weigang menukar posisi saya ke bahagian midfileder bertahan yang terus melekat sehingga saya bersara," kata Khalid.

Bekas penuntut Sekolah Lelaki Ampang itu menjaringkan hatrik bersama Hassan Sani ketika Malaysia membelasah Indonesia 6-1 selain dua gol ketika membenam Filipina 8-0 dan satu gol membolosi gawang Korea Selatan dalam kemenangan 3-0 untuk aksi kelayakan tersebut.[5][6] Namun seperti kesemua 19 rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, kemanisan itu bertukar pahit apabila Kerajaan Malaysia mengarahkan pemulauan Olimpik Moscow sebagai membantah percerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Piala Presiden Park 1977 di Seoul, Korea Selatan merupakan aksi sulung Khalid bersama skuad negara yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum memenangi tempat ketiga. Bersama Selangor, dia juga tidak pernah lekang dengan kejayaan seperti memenangi Piala Malaysia beberapa kali pada akhir era 70-an dengan menewaskan musuh tradisi, Singapura.

Khalid turut memiliki saudara bola sepak yang pernah menyarung jersi Selangor dan Malaysia seperti Hanafiah, Rahman dan Zainal Abidin Hassan. Khalid yang gemar berambut gaya afro ketika usia muda, sempat berkelana semusim ke Kuala Lumpur dari tahun 1981 hingga 1982 membantu pasukan tetangga Lembah Klang ini memenangi Piala Emas Raja-Raja. Kecederaan lutut yang dialami dalam satu pertandingan peringkat kelab telah memaksa Khalid menjalani perbedahan yang secara beransur-ansur membataskan prestasi terbaik pemain kelahiran ibu kota itu sebelum memilih untuk bersara pada tahun 1985.[7]

PencapaianSunting

KelabSunting

Selangor FA
Juara: 1984
Juara: 1976, 1978, 1979, 1984
Juara: 1985

AntarabangsaSunting

Pingat Emas: 1979

RujukanSunting

  1. ^ "Khalid Ali, bintang bola sepak negara, bekas Ampang Boy". Aroba. Aroba.com.my. 7 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2021. Dicapai pada 7 January 2017.
  2. ^ "Khalid Ali laughs off national coaching job". Syafiq Aznan (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 7 December 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
  3. ^ "Pengkritik Bola Sepak Negara Persoal Ketiadaan Safawi Rasid Dalam Skuad Sukan SEA 2019". Dito. Vocket FC. 22 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2020. Dicapai pada 22 November 2019.
  4. ^ Jaringan gol pemain Malaysia di Pra-Kelayakan Sukan Olimpik Munich dan Moscow
  5. ^ Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik (Moscow, Soviet Union, 1980) - Zon Asia rsssf.com
  6. ^ Jaringan gol pemain Malaysia di Pra-Kelayakan Sukan Olimpik Munich dan Moscow
  7. ^ "Khalid Ali, bintang bola sepak negara, bekas Ampang Boy". Aroba. Aroba.com.my. 7 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2021. Dicapai pada 7 January 2017.