Abd Rahman Bakri

Yang Berhormat Abd Rahman Bakri merupakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Selangor dari UMNO, sebuah komponen parti yang utama di dalam Barisan Nasional.[1] Sebelum ini beliau adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.[2]Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.[3]

Yang Berhormat Datuk

Abd Rahman Bakri

DMSM (Melaka)
P092-SABAKBERNAM.jpg
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sabak Bernam, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 11 November 2012
Didahului olehDato' Dr. Mat Yasir Ikhsan (BN)
Digantikan olehMohd Fasiah Mohd Fakeh
Kawasan pilihan rayaP92 Sabak Bernam, Selangor
Majoriti1,335
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N1 Sungai Air Tawar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehDato' Dr. Mat Yasir Ikhsan
Digantikan olehRaja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad
Majoriti2,153
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
PekerjaanAhli politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720) dengan majoriti sebanyak 1,335 undi. Beliau memperolehi 12,055 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,720 undi.[4]

KontroversiSunting

Dakwaan salahguna danaSunting

Pada bulan November 2009, Abd Rahman telah didakwa sebanyak lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan manakala menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Selangor. Beliau mengaku tidak bersalah kepada semua dakwaan tersebut. Jika disabitkan kesalahan, beliau mungkin dikenakan penjara sehingga 20 tahun.[5]


Pada 30 Jun 2011, Abd Rahman dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri pada 14 September 2011 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan. Nilai tersebut adalah RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.[6]

Pada 29 Februari 2012, Abd Rahman telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. Walau bagaimanapun, perlaksanaan hukuman telah ditangguhkan sehingga esok hari atas permintaan peguam bela kedua-dua yang dituduh bagi persediaan mitigasi[7]. Pada 11 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap beliau dan pembantunya Rosli Busro.[8]

Waran tangkap kerana gagal menghadiri prosiding mahkamahSunting

Pada 5 April 2012, Malaysiakini.com melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah. Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd. Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.[9]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: P92 Sabak Bernam, Selangor[4]
Tahun Barisan Nasional Undian Pts Penentang Undian Pts
2008 Abd Rahman Bakri (UMNO) 12,055 51% Badrulamin Bahron (PKR) 10,720 46%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N1 Sungai Air Tawar[2]
Tahun Barisan Nasional Undian Pts Penentang Undian Pts
2004 Abd Rahman Bakri (UMNO) 5,569 60% Abd Jalil Bajuri (PAS) 3,416 37%

RujukanSunting

  1. ^ "Abd. Rahman bin Bakri, Y.B. Datuk" (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 17 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Malaysia Decides 2008 (2004 results)". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-11. Dicapai pada 10 Januari 2010.
  3. ^ [ http://www.malaysiakini.com/news/190921 " Rahman hilang jawatan dalam Umno, tapi kekal MP ", Malaysiakini.com, 2 Mac 2012.]
  4. ^ a b "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 January 2010.
  5. ^ Muthia, Wani. "MACC crackdown: Umno MP, exco aide among those charged (Update 5)". The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 January 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ "Tuntutan palsu: MP Sabak Bernam diarah bela diri", Malaysiakini.com. 30 Jun 2011
  7. ^ ""Tuntutan palsu: Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah", Berita Harian 29 Februari 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-02. Dicapai pada 2012-02-29.
  8. ^ "MP Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini", Malaysiakini.com, 11 Oktober 2012.
  9. ^ "Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam", Malaysiakini.com, 5 April 2012.