Abdelaziz Bouteflika

Abdelaziz Bouteflika (IPA: [abdəlaziz buteflika]) (2 Mac 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Presiden Algeria sejak 1999 hingga 2019.

Abdelaziz Bouteflika
عبد العزيز بوتفليقة
Presiden Algeria ke-10
Dalam jawatan
27 April 1999 – 2 April 2019
Perdana MenteriSmail Hamdani
Ahmed Benbitour
Ali Benflis
Ahmed Ouyahia
Abdelaziz Belkhadem
Ahmed Ouyahia
Didahului olehLiamine Zéroual
Digantikan olehAbdelkader Bensalah
(acting)
Abdelmadjid Tebboune
Butiran peribadi
Lahir (1937-03-02) 2 Mac 1937 (umur 87)
Oujda, Maghribi
Meninggal dunia17 September 2021(2021-09-17) (umur 84)
Parti politikBarisan Pembebasan Kebangsaan
PasanganAmal Triki[1]

Keluarga sunting

Abdelaziz Bouteflika telah berkahwin sejak Ogos 1990 dengan Amal Triki tetapi belum mempujnyai anak. Isterinya Amal Triki ialah anak seorang diplomat, Yahia Triki. Buat masa ini mereka tidak tinggal bersama, sebaliknya Amal tinggal di Paris, Perancis.

Abdelaziz Bouteflika mempunyai 3 adik perempuan iaitu Farimah, Yamina dan Aicha. Dia juga ada 4 orang abang iaitu Abdelghani, Mustapha, Abderahim dan Said dan seorang kakak, Latifa.

Bapanya Ahmad Bauteflika dilahirkan di Telemcen dan pindah ke Maghribi semasa muda. Ahmed Bauteflika berkahwin dengan dua orang perempuan: Belkaïd Rabia dan Ghezlaoui Mansouriah (ibu Presiden Algeria sekarang).

Apabila Abdelaziz Bouteflika telah dilahirkan di 2 Mac 1937 Qudja, Maghribi , dia adalah anak sulung ibunya dan anak kedua bapanya. Ibunya Ghezlaoui Mansouriah seorang pekerja sauna (hammam), tetapi fakta itu telah dibuang atas sebab-sebab politik.

Perang Kemerdekaan Algeria sunting

Abdelaziz Bouteflika telah membesar dan belajar di Maghribi sehingga dia aktif dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN) tahun 1956 ketika umur 19 tahun. Dia mula mengawal dan membuat laporan tentang apa yang berlaku di sempadan Magribi, timur Algeria. Seterusnya dia menjadi setiausaha pentadbiran kepada Houari Boumédiène. Ramai pemimpin dalam Perang Kemerdekaan Algeria menyatakan laporan pembunuhan yang ditulisnya boleh dipertikaikan (baucif).

Pada tahun 1960, Houari Boumédienne mengarahkan Abdelaziz Bouteflika pergi ke Tunisia tetapi tidak tahu di mana dia berada sebenarnya. Selepas mengembara di seluruh Eropah, tindakan disiplin diambil ke atasnya tetapi Houari Boumédienne mempertahankannya. Houari Boumédienne menghantar beliau ke Mali tetapi AbdelAziz menghilangkan diri lagi. Dia muncul semula di Maghribi dengan seorang perempuan. Sekali lagi dimaafkan oleh Houari Boumédienne.

Pada 1962, kemerdekaan dicapai, dia bersama Houari Boumédienne telah membentuk tentera di sempadan dengan sokongan Ahmed Ben Bella menentang kerajaan GPRa.

Selepas tamat Perang Kemerdekaan sunting

Apabila Algeria mendapat kemerdekaan pada 1962, Abdelaziz menjadi timbalan menteri di Tlemcen dan Menteri Belia dan Sukan Algeria yang ketika itu Presiden Algeria ialah Ben Bella. Tahun 1963, Abdelaziz dilantik pula sebagai Menteri Luar Negeri Algeria dan menjawat tugas itu sehingga kematian Presiden Houari Boumédienne pada 1978. Beliau sangat rapat dengan Houari Boumédienne dan menjadi ahli 'Oujda clan'. Ben Bella cuba memecat Houari Boumédienne pada 1965 kerana cubaan rampasan kuasa. Tetapi dengan kuasa pada Houari Boumédienne , dia dilihat lebih berupaya dan lebih berjaya. Abdulaziz dilihat sebagai orang kanan Houari Boumédienne, lebih terbuka untuk pembaharuan ekonomi dan lebih kompromi dengan negara Barat. Sebaliknya Kolonel Mohamed Salah Yahiaoui dilihar sebagai orang kiri Maumedienne. Selepas tentera ambilalih kuasa, Abdelaziz mengundurkan diri dari menjadi menteri.

Salahguna kewangan sunting

Pada 1981, Abdelaziz tewlah disaman kerana mencuri duit kedutaaan kerajaan Algeria dari tahun 1955 hingga 1979. Pada 8 Ogos 1983, Abdelaziz telah disabit bersalah oleh mahkamah kerana memiliki 60 juta dinar ketika menjadi pegawai diplomat.

Dalam pembelaannya, Abdelaziz menyatakan wang itu digunakan untuk membina bangunan Kementerian Luar Negeri tetapi hakim memutuskan sebagai satu 'falasi'.

Pada 1979 selepas kematian Boumédienne, Abdelaziz telah membayar balik Bouteflika membayar balik 12 212 875,81 yang disimpannya di Bank Switzerland. Walaupun Abdelaziz diampunkan oleh Presiden Chadli Bendjedid , tetapi rakan sekolejnya iaitu Senouci dan Boudjakdji telah dipenjarakan.

Selepas pengampunan, Abdelaziz telah dipulangkan pasport diplomatik, sebuah villa dan lain-lain.

Buangan sunting

Pada 1983, Abdelaziz Bouteflika telah meninggalkan negara Algeria dan menetap di Emiriah Arab Bersatu, Perancis dan Switzerland. Enam tahun kemudian kembali ke Algeria pada 1989 dan menyertai Majlis Pusat FLN.

Januari 1994, Abdelaziz Bouteflika menolak cadangan tentera untuk membunuh Presiden Algeria, Mohamed Boudiaf. Kemudian Liamine Zeroual telah dilantik menjadi Presiden Algeria.

Terpilih menjadi Presiden 1999 sunting

Pada 1999, Liamine tanpa disangka meletakkan jawatan dan mengumumkan pilihan raya. Bouteflika menyertainya sebagai calon bebas.

Rujukan sunting

  1. ^ "Abdelaziz Bouteflika." NNDB: Tracking the Entire World. 2011. Web. 23 Februari 2011. [1].