Abdul Aziz Zainal

(Dilencongkan dari Abdul Aziz Hj Zainal)

Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Abdul Aziz Haji Zainal (B) ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-16 bermula dari 1 Februari 2007 hingga 31 Ogos 2009, dan sebelum itu Panglima Tentera Darat ke-21. Beliau juga adalah bekas Duta Besar ke Perancis diiktiraf ke Monaco dan Portugal dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengurusi Bank Rakyat pada tahun 2015 hingga tahun 2016. Kini beliau merupakan Pengurusi Perbadanan Perwira Negara (PERNAMA) dan salah seorang Pengarah di syarikat Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj.

Abdul Aziz Bin Hj. Zainal
Abdul Aziz Zainal memberi tabik hormat kepada anggota-anggota tentera semasa beliau masih berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera.
Duta Besar Malaysia ke Perancis
Dalam jawatan
Mei 2010 – Jun 2013
Didahului olehDato' Thanarajasingam
Digantikan olehTan Sri Ismail Omar
Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Dalam jawatan
1 Februari 2007 – 31 Ogos 2009
Didahului olehLaksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor
Digantikan olehJeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz Bin Hj. Zainal
(1951-08-26) 26 Ogos 1951 (umur 72)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaya
KerakyatanMalaysia
PasanganPuan Sri Dato' Rositah Binti Hj. Md. Mawi
Anak-anakAzrul Nazim
Nurul Azianti
Rithopa Tantiana
Azril Zaim Aziz
Alma materMaktab Tentera Diraja
Institut Pengurusan Asia
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Malaysian Armed Forces Headquarters
Tahun perkhidmatan1969-2009
Pangkat Jeneral
PerkhidmatanRejimen Askar Melayu DiRaja

Biodata sunting

Abdul Aziz Zainal dilahirkan pada 26 Ogos 1951 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebelum meneruskan pengajian di Maktab Tentera Diraja sehingga tahun 1968. Beliau menerima sarjana pengurusan daripada Institut Pengurusan Asia di Manila. Beliau berkahwin bersama Puan Sri Dato’ Hajjah Rosita Binti Md Mawi dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Kerjaya tentera sunting

Abdul Aziz Zainal menerima pendidikan menengah di Boys Wing, Maktab Tentera DiRaja (MTD) di Sungai Besi. Beliau kemudian menjalani latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada tahun 1971. Sulungnya posting adalah untuk RAMD ke-3 sebagai Komander Platun pada 16 April 1971.

Pengalaman tentera sunting

Fail:Abdulaziz-najibrazak.jpg
Abdul Aziz Zainal bersama YAB Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kementerian Pertahanan.

Beliau pernah menjadi Pembantu Penasihat Pertahanan di kedutaan Malaysia di Filipina. Beliau juga pernah berkhidmat di Bosnia-Herzegovina ketika memimpin Malcon III, kontinjen tentera Malaysia di Bosnia di bawah NATO (1996-1997). Sekembalinya beliau dari tugasan di Bosnia-Herzegovina, beliau telah dinaikan pangkat Brigedier Jeneral dan dilantik menjadi Asisten Ketua Staf, Operasi dan Latihan Tentera Darat. Pada tahun 1998 beliau diberi kepercayaan menerajui 4 Briged (Briged ke-4, Mekanis). Pada tahun 2000 pula, beliau dilantik menjadi Ketua Staf, Markas Tentera Darat. Tahun 2001, beliau dinaikkan pangkat Mejar Jeneral dan diamanah memimpin 3 Divisyen, (Divisyen ke-3 Infantri). Pada 18 Ogos 2003, beliau sekali lagi dinaikan pangkat kepada Leftenan Jeneral dan dijadikan Panglima Medan Tentera Darat. Setahun kemudian, beliau dinaikan kepada Jeneral penuh apabila dilantik menjadi Panglima Tentera Darat pada 9 September menggantikan Dato' Wira Mohd Azumi yang bersara.

Kerjaya beliau mencapai kemuncaknya apabila dilantik memegang jawatan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia pada 1 Februari 2007 menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

 
Buku Marksman Abad ke- 21 yang ditulis oleh Abdul Aziz Zainal.

Marksman Abad ke-21 sunting

Buku Marksman Abad ke-21 yang ditulis oleh beliau, memperkenalkan budaya kerja kepada pemimpin dan pengurus pada semua peringkat organisasi yang membolehkan pencapaian prestasi yang tertinggi dalam organisasi. Gambaran tentang alat pengurusan kontemporari dan tuntutan semasa yang dijangka timbul daripada persekitaran yang pesat yang berubah-ubah dapat meluaskan pandangan anda tentang cara untuk meningkatkan prestasi individu dan organisasi.

 
Abdul Aziz Zainal bersama Putera Albert II, Putera Monaco di Istana Putera, Monte Carlo, Monaco.

Duta ke Perancis, diiktiraf ke Monaco dan Portugal sunting

Selepas berkhidmat selama 40 tahun dalam angkatan tentera, beliau dilantik sebagai duta besar Malaysia ke Paris, Perancis. Beliau adalah panglima angkatan tentera pertama menjadi duta. Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak setuju melantik Anggota Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin bin Mohd Jarjis kini menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Jamil Johari pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. Tugas utama beliau ialah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan. [1]

Pada 3 Julai 2010, Abdul Aziz menyerahkan watikah pelantikan kepada Presiden Perancis Nicolas Sarkozy di Istana Presiden Elysee, Perancis.[2]

Persaraan sunting

 
Abdul Aziz Zainal (diatas kereta) diarak keluar premis sempena hari persaraan beliau di Kementerian Pertahanan. Beliau turut diiringi oleh seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dalam tentera selama 40 tahun dan pada 30 Ogos 2009, khidmat beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera telah tamat. Pada Mei 2010, beliau telah menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia pertama untuk mejadi Duta Besar ke Perancis. Setelah tamat khidmat beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis, beliau telah ditawarkan menjadi Pengurusi kepada 4 buah syarikat tempatan iatu termasuk Bank Rakyat, Perbadanan Perwira Negara (PERNAMA) , HeiTech Defence System Sdn. Bhd. (syarikat milik HeiTech Padu Berhad), dan Saling Erti. Beliau juga merupakan Penasihat kepada sebuah syarikat antarabangsa iatu Amundi dan ialah salah satu lembaga pengarah di sebuah syarikat pelaburan, Glomac Berhad.

Pengerusi Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) sunting

Pada 16 Julai 2015, beliau telah dilantik sebagai pengerusi baru bagi syarikat Bank Kerjasama Rakyat Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat menggantikan Datuk Mat Noor Nawi. Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam yang terbesar di Malaysia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68244

Pengerusi Perbadanan Perwira Negara (PERNAMA) sunting

 
Abdul Aziz Zainal sebagai Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang terkini.

Abdul Aziz Zainal adalah pengerusi kepada 4 buah syarikat dan PERNAMA adalah satu daripadanya. Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ditubuhkan untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia, bekas anggota ATM dan anggota sukarelawan ATM dengan penyediaan rangkaian kedai runcit di seluruh negara. Beliau dilantikan menjadi pengurusi PERNAMA pada 1 Ogos 2013 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim bin Mohd Ali (B) yang bersara pada 27 April 2013.

Anugerah sunting

Sebagai pengiktirafan, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah daripada Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja-Raja Negeri masing-masing. Terkenal untuk mempromosikan keselamatan dan kestabilan di rantau ini, beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Seri Paduka Baginda Raja Thailand, Seri Paduka Baginda Raja Brunei dan Presiden Republik Filipina, Singapura dan Indonesia. Beliau juga dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat dalam bidang Pengurusan daripada Universiti Malaysia Sabah,Universiti Tun Razak (UNITAR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan anugerah Triple A daripada Institut Pengurusan Asia di Manila.

Penghormatan [3] sunting

  • Brunei: D.P.K.T.
  • Thailand: Knight and Dame Grand Cordon (Special Class) of the Most Noble (Order of the Crown of Thailand)
  • Filipina: PLOH
  • Malaysia: P.G.A.T., D.I.M.P., D.S.A.P., S.I.M.P., S.S.A.P., S.P.K.K., D.G.M.K., S.P.T.S., S.P.T.J, D.H.M.S., P.S.M, S.P.M.P, P.M.N (Kelas Pertama)
  • Singapura: Ivestiture of Distinguished Service Order (Military) Medal

Trivia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jen Abdul Aziz Sahut Cabaran Baru Di Perancis
  2. ^ Duta Malaysia Ke Perancis Serah Watikah Pelantikan Kepada Presiden
  3. ^ "Laman web LTAT". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-11. Dicapai pada 2013-08-06.


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Darat
9 Sep 2004-31 Jan 2007
Penyandang Kemudian
Jeneral Dato' Wira Mohd Azumi bin Mohamed Jeneral Dato' Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin
Penyandang Terdahulu Panglima Angkatan Tentera
1 Februari 2007 - 31 Ogos 2009
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM