Buka menu utama

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin (lahir 10 Jun 1938) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah kalah dalam bertanding untuk kerusi Parlimen Shah Alam.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri
Abdul Aziz Shamsuddin
PSM, PPN; DGSM (Mel); DPMS (Sel); SSAP, DIMP (Pah); SPMP (Prk); DSDK (Ked)
AbdulAzizShamsuddin.jpg
Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Didahului olehAzmi Khalid
Digantikan olehMuhammad Haji Muhd Taib
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Shah Alam, Selangor
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehMohd Zin Mohamed
Digantikan olehKhalid bin Abdul Samad
Butiran peribadi
Lahir (1938-06-10) 10 Jun 1938 (umur 81)
Gopeng, Perak, British Malaya (kini Malaysia)
Parti politikUMNOBarisan Nasional
Alma materUniversiti Malaya

PendidikanSunting

Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Gunung Panjang, Gopeng pada tahun 1946 dan Sekolah Kebangsaan Inggeris Gopeng pada tahun 1950. Selepas menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Iskandar Shah, Parit pada tahun 1957, beliau kemudian mengikuti kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu pada tahun 1958. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Kerjaya awalSunting

Dato' Seri Abdul Aziz mempunyai pengalaman berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai guru sekolah iaitu dari tahun 1961 sehingga 1971. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran pada tahun 1975 dan berkhidmat di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato' Musa Hitam. Pada tahun 1979, Dato' Seri Abdul Aziz berpindah ke Kementerian Belia dan Sukan setelah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan Belia di kementerian berkenaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermula dari tahun 1981 hingga tahun 1999.

Dato' Seri Abdul Aziz mula berkecimpung dalam arena politik setelah beliau menyertai UMNO di Cawangan Pelabuhan Kelang pada tahun 1969. Pada tahun 1980, Dato' Seri Abdul Aziz telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tambun iaitu pada tahun yang sama beliau dipilih sebagai Naib Pengerusi UMNO Cawangan Gunung Mesah. Beliau yang pernah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004 kini memegang jawatan sebagai ketua UMNO Bahagian Gopeng. Selain itu, beliau juga adalah Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

JawatanSunting

  • AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2000-2003

Pautan luarSunting

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)


Penyandang Terdahulu Timbalan Menteri Pendidikan
19992004
Penyandang Kemudian
??
??
Penyandang Terdahulu Menteri Luar Bandar dan Wilayah
20042008
Penyandang Kemudian
??
Muhammad Haji Muhd Taib