Datuk Setia Abdul Ghani bin Ali merupakan ahli politik dari parti UMNO yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Setia

Abdul Ghani Bin Ali


Ketua Menteri Melaka ke-4
Dalam jawatan
1 Ogos 1972 – 10 Julai 1978
Didahului olehTalib Karim
Digantikan olehMohd Adib bin Mohamad Adam
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N02 Sungei Bahru
Dalam jawatan
4 November 1974 – 12 Jun 1978
Didahului olehJohari Yusuf 18 Mei 1974
Digantikan olehMohamed Jais
Majoriti(PRU-4)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N12 Ramuan China
Dalam jawatan
18 Mei 1964 – 31 Julai 1974
Didahului olehMohamed Sudin Abdul Rahman
Digantikan olehtukar nama kawasan
Majoriti(PRU-3)
(PRU-2)
Butiran peribadi
Lahir(1923-11-26)26 November 1923
Kampung Ramuan China Kechil, Lubok China, Melaka, Malaysia
Meninggal dunia8 Disember 2004(2004-12-08) (umur 81)
Parti politik PERIKATAN-UMNO
BN(UMNO)
Alma materMaktab Perguruan Sultan Idris
PekerjaanGuru,Ahli politik

Beliau ialah seorang guru sebelum melibatkan diri dalam politik negeri Melaka dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka keempat dari 1 Ogos 1972 hingga 10 Julai 1978.

Selaku Ketua Menteri, beliau telah memajukan kawasan perindustrian Batu Berendam yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Melaka. Kesinambungan usaha pembangunan ekonomi yang dimulai beliau ini telah dirancakkan lagi oleh Ketua Menteri Melaka selepas beliau.

Abdul Ghani Bin Ali terkenal dengan kegiatan memajukan dan menaik taraf perniagaan dan pertanian serta perindustrian di kalangan orang Melayu di seluruh negeri Melaka. Kisah hidup Datuk Setia Haji Abdul Ghani Bin Ali dirakamkan dalam bentuk penceritaan semula yang diusahakan oleh penulis Noor Masliah Othman @ Abdul Halip.


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
1 Ogos 1972 – 10 Julai 1978
Penyandang Kemudian
Talib Karim
Mohd Adib bin Mohamad Adam