Abdul Ghani Othman

Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman[1] (lahir 14 November 1946) ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad,[2] bekas Menteri Besar Johor ke-14 dari tahun 1995 hingga 2013. Sebelum itu, beliau merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1993 - 1995).


Abdul Ghani Othman

DK (I), DK (II) (Johor); PSM; SPMJ, SMJ, PIS (I) (Johor)
Pengerusi
Kumpulan Sime Darby
Dalam jawatan
1 Julai 2013 – 28 Julai 2017
Didahului olehTan Sri Samsudin Omar
Digantikan olehTan Sri Dato’ Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 3 April 2013
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohamed Khaled Nordin
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 3 April 2013
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohamed Khaled Nordin
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Serom
Dalam jawatan
26 April 1995 – 3 April 2013
Didahului olehHashim Ismail
Digantikan olehAbdul Razak Minhat
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1 Disember 1993 – 3 Mei 1995
Didahului olehAnnuar Musa
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
27 Oktober 1990 – 1 Disember 1993
Berkhidmat dengan Loke Yuen Yow
Menteri
Didahului olehWan Abu Bakar Wan Mohamed
Digantikan olehMustapa Mohamed
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 26 Oktober 1990
Menteri
Didahului olehZainal Abidin Zin
Digantikan olehMohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Ledang, Johor
Dalam jawatan
6 Oktober 1986 – 6 April 1995
Didahului olehNgah Abdul Rahman
Digantikan olehHashim Ismail
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
11 Disember 1984 – 6 Oktober 1986
Butiran peribadi
Lahir (1946-11-14) 14 November 1946 (umur 77)
Sungai Mati, Muar (kini Tangkak), Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganProf. Puan Sri Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin
Anak-anakMohammad Jamil Helmi
Alma materUniversiti La Trobe
Universiti Queensland

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar (Government English School, Muar). Kemudian, beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe, Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984). Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai pengetua di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya selama lima tahun (1979-1984).[3]

Kerjaya politik sunting

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember 1984-Julai 1986). Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat gelaran ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Kemudian, tempat beliau telah digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mei 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Keluarga sunting

Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Prof. Puan Sri Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin serta dikurniakan dua orang cahaya mata.

Anugerah sunting

Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Setia Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) oleh Sultan Johor pada tahun 1996. Pada tahun 2004, Abdul Ghani dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato'. Beliau pernah menerima anugerah daripada Timesport sebagai Sports Toto Man of The Year Award pada 1994.

Pada 9 April 2009, Abdul Ghani menerima anugerah tertinggi Johor iaitu Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) daripada Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Pada tahun 2014, beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

Darjah Kebesaran sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata di Bloomberg
  2. ^ Sime Darby umum barisan pengurusan tertinggi baharu
  3. ^ http://kk1.um.edu.my/index_BM.htm
  4. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  5. ^ "IGP leads King's honours list". The Star Online. 7 Jun 2014. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  6. ^ "Sultan of Johor Birthday's Honours List 2009". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2009.
  7. ^ "Pengurniaan Darjah Kebesaran Bergelar Bagi Tahun 1996 Mengikut Negeri" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-05-12. Dicapai pada 2021-01-01.
  8. ^ "Abdullah tops Johor Sultan's birthday list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2004.
  9. ^ "Ghani to receive highest award in Johor". The Star Online. 8 April 2008. Dicapai pada 1 Januari 2021.

Pautan luar sunting