Abdul Ghani Salleh
Tan Sri Abdul Ghani Salleh adalah merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang dilantik pada 21 Ogos 2020 lalu. Sebelum itu, beliau adalah Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebelum bersara.[1] Beliau menggantikan Datuk Azhar Azizan Harun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020 lalu.
YBhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia | |
Memegang jawatan 21 Ogos 2020 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Azhar Azizan Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 10 Mei 1958
Pasangan | Puan Sri Siti Ruhaya Sarman |
Pendidikan | Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
PendidikanSunting
Abdul Ghani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan dan Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia.[2]
KerjayaSunting
Abdul Ghani pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah Kuala Langat. Disamping itu juga, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pegawai Daerah Gombak, Selangor.[3]
PenghargaanSunting
Senarai darjah kebesaran yang diterima[4]
- Malaysia
- Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
- Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk