Abdul Hadi Awang

ahli politik, ulama dan penulis; Presiden Parti Islam Se-Malaysia

YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (lahir 20 Oktober 1947) ialah seorang ilmuwan Islam dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Marang. Pada peringkat parti, beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia sejak tahun 2002.


Abdul Hadi Awang

P.S.M. (Persekutuan); S.S.M.T. (Terengganu)
Abdul Hadi pada 2021
Presiden Parti Islam Se-Malaysia ke-7
Memegang jawatan
14 September 2003 (2003-09-14)
Timbalan
Didahului olehFadzil Mohd Noor
Jawatan dalam badan eksekutif
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
30 November 1999 (1999-11-30) – 21 Mac 2004 (2004-03-21)
Didahului oleh Wan Mokhtar Ahmad
Digantikan oleh Idris Jusoh
Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah
Dalam jawatan
2 September 2021 – 10 Oktober 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Dalam jawatan
2 April 2020 – 16 Ogos 2021
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Jawatan dalam badan perundangan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Marang
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului oleh Abdul Rahman Bakar
Majoriti
  • 41,729 (2022)
  • 21,954 (2018)
  • 5,124 (2013)
  • 2,747 (2008)
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 4 Mac 2004
Didahului oleh Abdul Rahman Bakar
Digantikan oleh Abdul Rahman Bakar
Majoriti
  • -163 (2004)
  • 12,700 (1999)
  • 882 (1995)
  • 161 (1990)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Ru Rendang
Dalam jawatan
1986–2018
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Ahmad Samsuri Mokhtar
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Marang
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului oleh Tengku Zahid Tengku Musa
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Jawatan dalam pertubuhan dan parti politik
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional
Memegang jawatan
8 September 2020
Berkhidmat dengan
PengerusiMuhyiddin Yassin
Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
22 Ogos 2014 – 8 November 2018
PemimpinYusuf al-Qaradawi
Didahului olehAbdullah Bin Bayyah
Digantikan olehSalim Segaf Al-Jufri
Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa Cawangan Malaysia
Dalam jawatan
2016–2018
TimbalanAhmad Awang
PemimpinYusuf al-Qaradawi
Didahului olehAbdul Ghani Samsudin
Digantikan olehWan Subki Wan Salleh
Butiran peribadi
LahirAbdul Hadi bin Awang
(1947-10-20) 20 Oktober 1947 (umur 76)
Rusila, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (rasmi sejak 1964)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (1974-1977)
MN (2019-kini)
PN (2020-kini)
PasanganPuan Sri To' Puan Seri Zainab Awang Ngah (k. 1976)
Dr. Norzita Taat (k. 1991)
Anak-anak14 (termasuk Muhammad Khalil Abdul Hadi)
KediamanRusila, Terengganu
PekerjaanAhli politik, Ulama
Laman web rasmiLaman Presiden PAS.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah di bawah Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Pada penggal Parlimen Malaysia ke-10, Parti Islam Se-Malaysia bersama rakan komponen Barisan Alternatif memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999 di Terengganu. Beliau dipilih sebagai YAB Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, PAS bersama rakan komponen ditewaskan BN. Tan Sri Idris Jusoh menggantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu. Tuan Guru kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Ru Rendang sehingga tahun 2018. Beliau juga menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat selepas pemergiannya.

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abdul Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.[1]

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila, tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau yang merupakan Tok Guru di Kampung Rusila juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu.[2] Begitu juga dengan bondanya yang menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.[3]

Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah British. Beberapa tahun selepas pengharaman itu, Haji Awang Mohammad muncul pula sebagai salah seorang yang paling awal memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu.

Keluarga sunting

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumah tangga dengan To' Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang cahaya mata iaitu 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua[3][3]. Dalam keluarga yang lebih besar, beliau dikurniakan 11 orang menantu dan lebih 30 orang cucu.

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan alumni Universiti Al-Iman, Yaman[4] kini menggalas jawatan sebagai ADUN Batu Buruk, Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Selain itu, terdapat juga anak dan menantu beliau yang lain yang turut aktif dalam organisasi parti politik PAS, antaranya:

  1. Ustaz Zaharudin bin Muhammad, suami kepada anak kedua beliau, merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Buloh (sesi 2019-2021) dan pernah menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (sesi 2013-2015), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (sesi 2015-2017) dan Yang Dipertua PAS Kawasan Subang (sesi 2015-2017)
  2. Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin, suami kepada anak ketiga beliau, merupakan ADUN Selama, Perak (penggal 2018-2021) dan pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (sesi 2015-2017 & sesi 2017-2019)
  3. Ustaz Yusof bin Abdul Hadi, anak ke-7 beliau, merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (sesi 2019-2021) yang juga Ahli Majlis Daerah Marang (penggal 2018-kini)
  4. Ustaz Mohd Irham Nori bin Abidin, suami kepada anak ke-8 beliau, merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu yang juga merupakan Pengarah PASTI Kawasan Hulu Terengganu.

Panggilan ‘Tuan Guru Haji Abdul Hadi’ mula menjadi popular di kalangan pengikut-pengikutnya dan para hadirin jemaah di Masjid Rusila. Manakala di kalangan murid-murid dan penyokong-penyokong yang rapat dengannya serta masyarakat kampung, dia lebih mesra pula dipanggil dengan panggilan ‘Ayah Cik’[5].

Pendidikan sunting

Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955.[6] Kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dari tahun 1965 hingga 1968, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik daripada ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974 hingga 1976.

Penglibatan dalam Politik sunting

Beliau mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang. Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, beliau dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1983, beliau bersama Datuk Nakhaei Ahmad sekali lagi terpilih sebagai Naib Presiden PAS. Pada tahun 1989, beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.[7]

Berikutan kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003.[8] Beliau menjadi Presiden PAS selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.[9] Dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61, buat pertama kalinya beliau dicabar untuk jawatan Presiden PAS oleh Ustaz Ahmad Awang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan pencabar beliau dengan majoriti 695 undi.[10]

Pilihan raya sunting

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978. Diamanahkan oleh PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 itu, empat orang lagi tokoh pimpinan PAS Terengganu turut memenangi kerusi DUN. Mereka ialah Haji Mustafa Ali (DUN Wakaf Mempelam), Haji Harun Taib (Manir), Haji Abu Bakar Chik (Jeram), dan Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Batu Burok). Kelima-lima mereka ibarat lima jari yang jika digenggam akan menjadi penumbuk yang sangat menyakitkan kerajaan BN ketika itu.

Dan kebimbangan itu menjadi realiti, terutama pada setiap kali berlangsungnya sidang DUN Terengganu. Diceritakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad sampai menitiskan air mata apabila wakil-wakil rakyat PAS membaca ayat-ayat suci al-Quran dan hadis perihal kemungkaran dan dosa tidak melaksanakan perintah dan hukum Allah dalam sesebuah pemerintahan.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang (Nama baru bagi DUN Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November 1999, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac 2004 di samping menjadi Ahli Parlimen Marang. Beliau turut dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004, menggantikan Ustaz Fadzil Mohd Noor yang meninggal dunia.

Beliau tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008.[11]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi,[12] menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari BN [13]. Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819, menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN.[14]

Keputusan pilihan raya sunting
  • Pilihan raya Persekutuan (Parlimen)
Parliamen Malaysia
Tahun Kerusi Individu Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah

Pengundi

Majoriti Peratusan

Turun Mengundi

1982 Dungun Abdul Hadi Awang (PAS) 10,172 Awang Abdul Jabar (UMNO) 13,447 24,789 3,275 79.79%
Abdul Hamid Embong (PSRM) 337
1986 P034 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 13,015 48.80% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 13,654 51.20% 27,433 639 82.61%
1990 P034 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 17,736 49.98% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 17,575 49.53% 36,172 161 84.70%
Wan Deraman Wan Nik (BEBAS) 176 0.50%
1995 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 21,945 51.03% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 21,063 48.97% 44,212 882 81.69%
1999 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 30,183 63.18% Muda Mamat (UMNO) 17,483 36.60% 48,611 12,700 83.05%
2004 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 27,913 49.56% Abdul Rahman Bakar (UMNO) 28,076 49.85% 57,186 163 88.84%
2008 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 33,435 52.08% Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (UMNO) 30,688 47.80% 65,008 2,747 86.89%
2013 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 42,984 53.04% Yahya Khatib Mohamad (UMNO) 37,860 46.72% 81,836 5,124 90.13%
2018 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 53,749 51.02% Mohamad Noor Endot (UMNO) 31,795
Dr. Zarawi Sulong (PKR) 5,138
2022 P037 Marang, Terengganu Abdul Hadi Awang (PAS) 73,115 67.04% Jasmira Othman (UMNO) 31,386 28.78% 109,068 41,729 82.78%
  • Pilihan raya Negeri (Dewan Undangan Negeri)
Dewan Undangan Negeri, Negeri Terengganu
Year Constituency Individu Votes Pct Lawan Votes Pct Ballots cast Majority Turnout
1978 Marang Abdul Hadi Awang (PAS) 2,618 Tengku Zahid Tengku Musa (UMNO) 2,686 7,142 68
1982 Marang Abdul Hadi Awang (PAS) 3,606 Tengku Zahid Tengku Musa (UMNO) 3,473 7,251 133 85.33%
1986 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 3,470 54.14% Abdul Latif Muda (UMNO) 2,939 45.86% 6,567 531 82.68%
1990 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 4,750 54.93% Abdul Latif Muda (UMNO) 3,897 45.07% 8,799 853 83.54%
1995 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 6,285 56.24% Abu Bakar Othman (UMNO) 4,891 43.76% 11,348 1,394 80.73%
1999 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 7,881 66.02% Tengku Zainuddin Tengku Zahid (UMNO) 4,038 33.83% 12,125 3,843 81.37%
2004 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 7,736 54.06% Tengku Zainuddin Tengku Zahid (UMNO) 6,301 44.04% 14,446 1,435 89.38%
2008 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 9,379 58.36% Razali Idris (UMNO) 6,693 41.64% 16,209 2,686 86.23%
2013 N19 Rhu Rendang Abdul Hadi Awang (PAS) 11,468 56.83% Nik Dir Nik Wan Ku (UMNO) 8,649 42.86% 20,347 2,819 89.78%

Kerajaan sunting

Kerajaan Negeri sunting

Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ke-11 dengan rasminya pada hari Selasa, 22 Syaaban 1420 bersamaan 30 November 1999, ketika berusia 52 tahun. Istiadat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 2 Disember 1999.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Dato’ Seri Wan Mokhtar Ahmad setelah PAS berjaya memenangi 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-10. Parti itu juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen sementara satu lagi kerusi Parlimen dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat.[15]

Berikut merupakan portfolio kepimpinan Kerajaan Terengganu sesi 1999 - 2004.

Nama Portfolio DUN
Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan, Kewangan dan Pelaburan Ru Rendang
Mustafa Ali, Dato' Haji Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Pengkalan Berangan
Harun Taib, Dato' Tuan Guru Haji Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Manir
Wan Abdul Mutalib Embong, Dato' Haji Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Batu Buruk
Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz Jawatankuasa Pertanian, Perikanan dan Ternakan Batu Rakit
Mohd Salleh Abas, Tun Dato' Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas Jertih
Mohd Abdul Wahid Endut, Tuan Haji Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna Wakaf Mempelam
Yahaya Ali, Tuan Haji Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Alur Limbat
Abu Bakar Abdullah, Ustaz Haji Jawatankuasa Kebajikan, Sosial dan Kesihatan Tepuh
Awang Dagang Jusoh, Ustaz Haji Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Bukan Islam Cukai
Wan Hassan Mohd Ramli, Ustaz Haji Jawatankuasa Beliau, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Sura
Husain Awang, Dato' Haji Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Terengganu -
Kerajaan Persekutuan sunting

Abdul Hadi Awang telah dilantik menjadi Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020[16] secara rasminya pada 2 April 2020. Pelantikannya diumumkan menerusi sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri[17]. Beliau sekali lagi dilantik dengan jawatan yang sama dalam Kabinet Malaysia 2021 dari September 2021 hingga Oktober 2022[18].

Penglibatan dalam masyarakat sunting

Pendidikan masyarakat sunting

Pengajian di Masjid Rusila sunting

Beliau amat dikenali dengan pengajian mingguan beliau di Masjid Rusila, Terengganu[19]. Beliau mula memberikan Kuliah Dhuha Jumaat di masjid tersebut bagi menyambung pengajian yang sebelum ini disampaikan oleh bapanya pada Januari 1976[20]. Sepanjang pengajian tersebut, beliau telah khatam kuliah tafsir al-Quran kali kedua pada tahun 2016, selepas kali pertama pada 1996[21]. Selain tafsir, beliau turut menyampaikan kuliah Aqidah, Sirah dan Hadis Nabawi.

Pengajian di Lembah Klang. sunting

Beliau pernah menyampaikan kuliah bulanan secara tetap di Lembah Klang sejak awal 1980-an, di Masjid Mujahidin, Damansara. Bagaimanapun, kuliah bulanan yang membawa tajuk Aqidah Islam itu telah lama terhenti disebabkan faktor-faktor tertentu. Bermula Oktober 2017, beliau telah diberikan ruang untuk menyampaikan kuliah bertajuk Dunia Islam Masa Kini (Hadir al-`Alam al-Islami) dalam Kuliah Dhuha Perdana anjuran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.[22].

Pengisian ilmu di institusi pengajian tinggi dan platform massa sunting

Beliau turut aktif memberikan pengisian ilmu dan menjadi tetamu dalam pelbagai platform di institusi pengajian tinggi mahupun platform massa.

  • 5 Februari 2020 - Syarahan perdana bertajuk "Pemetaan Baru Dunia" sempena 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan di Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan[23]
  • 11 Disember 2019 - Kuliah Maghrib di Masjid Kampung Jambu Bongkok, Marang.
  • 3 Disember 2019 - Pidato perdana bertajuk "Bicara Ini Demi Perpaduan" anjuran Sinar Harian[24]
  • 22 November 2019 - Ucaptama bertajuk “Mahasiswa dan Ilmuwan Memimpin Perpaduan” sempena Seminar Kebangsaan Politik Sejahtera anjuran Kesatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya[25].
  • 14 September 2019 - Ucaptama dalam Himpunan Penyatuan Ummah anjuran PAS dan UMNO[26].
  • 11 Mei 2019 - Pidato dalam Majlis Ifthor Perdana anjuran Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)[27]
  • 18 Mac 2019 - Wacana Islam dan Isu Semasa bertajuk Kesatuan Umat Islam di Malaysia - Prospek dan Cabaran anjuran Persatuan Ulama Malaysia dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[28].
  • 12 Disember 2018 - Bicara Minda Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang anjuran Sinar Harian[29].
  • 26 November 2018 - Syarahan perdana dalam Siri Syarahan Perdana Model Islam Memimpin anjuran Ma'ruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia[30]
  • 27 Januari 2018 - Pidato dalam Himpunan Munajat Aqsaku sempena Festival MyAQSA anjuran Yayasan MyAQSA & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)[31][32]
  • 27 Januari 2018 - Merasmikan Persidangan Meja Bulat MyAqsa sempena Festival MyAQSA anjuran Yayasan MyAQSA & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)[33]
  • 22 Julai 2017 - Pidato Perdana pada malam kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) 2017[34]
  • 18 Februari 2017 - Pidato dalam Himpunan 355: Menyokong Pindaan Akta 355 anjuran NGO Islam[35]
  • 7 Januari 2017 - Syarahan perdana bertajuk "Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita?" anjuran PAS[36]
  • 23 Disember 2016 - Pidato dalam Himpunan Peduli Ummat "Pray 4 Rohingya" anjuran Yayasan Amal Malaysia dan NGO-NGO lain.[37].
  • 4 Disember 2016 - Pidato dalam Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya anjuran NGO Islam Se-Malaysia[38].
  • 15 Mac 2016 - Ceramah Perdana Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar bertajuk "Perpaduan Ummah Tuntutan Islam" anjuran Majlis Permuafakatan Masjid/Surau Lembah Pantai[39]
  • 17 Disember 2015 - Pidato dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia.
  • 22 April 2015 - Bicara Minda: Hudud Dari Kaca Mata Hadi anjuran Sinar Harian[40][41].
  • 4 Januari 2015 - Menyampaikan Kuliah & Dialog Sirah Perjuangan Rasulullah SAW sempena Xpresi Cinta Rasul 2.0 anjuran Kelab Al-Azhar Members, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor[42]
  • 15 Mac 2014 - Menjadi ahli panel Wacana Pengukuhan Aqidah "Perbezaan Mazhab Menurut Perspektif Ahli Sunnah" anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat, bersama Prof Madya Dr Haji Abdul Aziz Haji Hanafi dan Prof Madya Dr Fauzi Deraman.
  • 8 April 2013 - Bicara Minda: Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti anjuran Sinar Harian[43]
  • 27 Mac 2012 - Kuliah umum di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor[44].
  • 1 November 2011 - Bicara Asia Barat anjuran Dewan Pemuda PAS yang turut dihadiri mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif[45]
  • 21 Januari 2010 - Menjadi Panel Pakar dalam Muzakarah Pakar: “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama 6 pakar yang lain, antaranya Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin dan mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin[46]

Badan bukan kerajaan sunting

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu [47]. Pada tahun 1978, beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar, Kuala Terengganu. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi aktif secara serius dalam PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad [48]. Ramai dalam kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu (Beralih ke Amanah, 2015), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Beralih ke Amanah, 2015), Datuk Paduka Husam Musa (Beralih ke Amanah, 2015), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Muhammad Daud Iraqi dan ramai lagi.[49]

Penglibatan antarabangsa sunting

Ketika menjadi mahasiswa luar negara sunting

Beliau mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.

Semasa di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwan Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar daripada Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwan Muslimin waktu itu.

Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Mewakili gerakan Islam Malaysia sunting

Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru bukan sahaja memimpin gerakan Islam dalam Malaysia, tetapi juga terlibat dengan aktif di pentas antarabangsa bersama-sama gerakan Islam lain menangani permasalahan ummah.

  1. Ahli Lembaga Pemegang Amanah al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran.[50]
  2. 19-21 Disember 2019 - Menyertai KL Summit 2019 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sidang Kemuncak tersebut turut dihadiri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Hassan Rouhani, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Malaysia selaku Pengerusi Sidang Kemuncak, Mahathir Mohamad.
  3. 29 November 2019 - Menyampaikan Khutbah Jumaat dan kuliah di Masjid Raya Hubbul Wathan, Kota Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.[51].
  4. 14-16 November 2019 - Menyertai Persidangan Kesatuan Islam Sedunia Kali Ke-33 yang berlangsung pada 14 hingga 16 November 2019 di Tehran, Iran dan menyampaikan ucapan dan pembentangan yang turut dihadiri Presiden Parti Saadet Turki, Dr. Temel Karamollaoğlu [52].
  5. 19 Julai 2019 - Merasmikan Persidangan Antarabangsa Marawi anjuran Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan (IFRD)[53]
  6. 9 Januari 2019 - Menyampaikan kuliah umum program pengajian hukum tata negara (siyasah) bertajuk "Penguatan kerja sama dan peran politik Islam negara-negara Asia Tenggara untuk Perdamaian" di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta[54].
  7. 8 November 2018 - Menyampaikan syarahan bertajuk Masa Depan Ummah dalam Persidangan Hari Rabu anjuran Pusat Kajian Sosial dan Ekonomi (ESAM) di Turki[55].
  8. 29 November 2015 - Menyampaikan pidato dalam Kongres Kesatuan Komuniti Muslim Antarabangsa kali ke-24 yang berlangsung pada 29-30 November 2015 di Istanbul, Turki[56].
  9. 28 November 2015 - Menyampaikan syarahan perdana di majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Belia Islam Kali Ke-10 yang berlangsung pada 26-28 November 2015 di Istanbul, Turki
  10. 28 April 2015 - Menyampaikan syarahan perdana bertajuk Hudud untuk semua: Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Malaysia di Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 28 April 2015.[57]
  11. 22 November 2014 - Menyampaikan ucapan dalam himpunan Ijtimak Am Jamaat Islami di Lahore, Pakistan yang turut dihadiri wakil daripada Partai Keadilan Sejahtera (Indonesia), Ikhwan Muslimin (Mesir) dan Parti Ennahda (Tunisia)[58].
  12. 22 Ogos 2014 - 5 November 2018[59].- Dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, bersama-sama Dr Ahmad al-Raysuni dan Sheikh Ahmad Al-Khalili yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi.[60]
  13. 14 Julai 2013 - Menyampaikan pidato di Himpunan "Bantah Rampasan Kuasa: Kami Berhimpun Demi Mesir" anjuran Parti Saadet Turki, di Turki.[61].
  14. 23 Mei 2013 - Menyertai dan menyampaikan ucapan di Kongres Kesatuan Komuniti Muslim Antarabangsa kali ke-22 di Istanbul, Turki yang berlangsung pada 23-25 Mei 2013 bertemakan "Dunia Baru dan Pendekatan Adil: Mencari Penyelesaian Baru Dunia Islam". Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwan Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwan Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).[62]
  15. 11 September 2011 - Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 11 September 2011[63]. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin. Turut hadir ialah mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr. Burhanuddin Rabbani yang meninggal dunia pada 20 September 2011, 9 hari selepas tamat persidangan.
  16. Mac 2010 - Menjadi tetamu kehormat Persidangan Kesatuan Islam Sedunia Kali Ke-23 yang berlangsung pada Mac 2010 di Tehran, Iran dan menyampaikan ucapan yang turut dihadiri mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr. Burhanuddin Rabbani dan mantan Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr Muhammad Quraish Shihab[64].
  17. 2010 - Menjadi Ketua Perunding Perdamaian Krisis Perang di Yaman[65][66].
  18. 1996 - Mewakili PAS ke Kongres Kesatuan Komuniti Muslim Antarabangsa kali ke-22 di Istanbul, Turki.[67]
  19. 1995 - Menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina di Tehran, Iran.[68]
  20. 1994 - Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Islam Antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turki.[69]
  21. 1993 - Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwan Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara Islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan. Turut sama dalam delegasi tersebut ialah Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Jamaat Islami, Qazi Ahmad Hussain.[70]
  22. 1990 - Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam dunia ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.[71]
  23. 1990 - Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan.[72]
  24. 1990 - Menyertai delegasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam diketuai Dr. Najmuddin Erbakan ke Amerika Syarikat dalam misi ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan krisis di Bosnia dan Herzegovina. Mereka mengadakan pertemuan dengan Boutros Ghali, Setiausaha Agung PBB, seterusnya bertemu dengan anggota Kongres Amerika Syarikat dan Kedutaan Luar Amerika Syarikat.[73]
  25. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Islam Antarabangsa bagi Mempertahankan Baitulmaqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
  26. Anggota Delegasi Ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr Necmettin Erbakan.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran di Malaysia sunting

Anugerah ketokohan sunting

  1. Pada 1 September 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1441H yang disampaikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.[76]
  2. Pada 15 Jun 2019, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Perpaduan Ummah oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-59 di Kuantan, Pahang.[77]
  3. Pada 13 April 2019, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Stadium Negeri Terengganu.[78]
  4. Pada 16 Mei 2015, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Murabbi Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Kompleks PAS Negeri Kedah.[79]
  5. Pada 26 September 2014, beliau dipilih sebagai Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 di Dataran Itqanul Muluk, Kuala Berang, Terengganu anjuran PAS Terengganu.[80]
  6. Pada 15 April 2011, beliau telah dianugerahkan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut.[81] Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut.[82]

Bibliografi sunting

Menteri Besar Terengganu sunting

Pencapaian Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.

Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);

Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;

Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.[83]

Kontroversi sunting

Mengulas tentang G25 sunting

Pada 31 Januari 2020, kumpulan bekas penjawat tinggi awam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.[84] Abdul Hadi dalam satu kenyataan pada 17 Januari menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil dan bebal serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.[85] Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk "Administration of Matters Pertaining Islam" yang menyuarakan kritikan terhadap undang-undang Islam terhadap Muslim dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan tuhan.[86]

Pada 19 Februari 2020, jurucakap G25, Noor Farida Ariffin, berkata kenyataan dibuat Abdul Hadi pada pertengahan Jan lalu mengaibkan, malah dikhuatiri akan mengapi-apikan golongan tertentu untuk bertindak di luar undang-undang. Katanya, kata-kata tersebut merupakan kesalahan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan dengan niat hendak mengapi-apikan atau mungkin mengapikan golongan atau kaum melakukan kesalahan ke atas golongan atau kaum lain.[87]

Dia telah kata macam-macam terhadap kami dan ia serangan yang tidak adil sebab ternyata dia tak pernah membaca buku (laporan) itu dan salah sangka mengenai isi kandungannya.
Kandungan buku (laporan) itu bukan tenets of Islam (rukun Islam) tapi merupakan laporan dan kajian terhadap pentadbiran Islam di Malaysia, khususnya melihat kepada peranan dan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).[87]

Mengulas tentang agama Kristian sunting

Pada 9 Disember 2020, dua penganut Kristian dari Sabah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang atas kenyataan yang didakwa menghasut pengikut agama itu. Kedua-dua plaintif menyaman Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang diterbitkan dalam organ parti, Harakah pada 18 Januari 2016. Mereka meminta pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam pemerintahan Malaysia, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.[88]

Kami dengan hormat menyatakan bahwa terdakwa telah membuat pernyataan yang tidak berasas terhadap orang Kristian dan / atau mubaligh Kristian.
Kenyataan defendan telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di negara ini dan dengan demikian telah menjadi kepentingan awam.
Namun, sudah lebih dari empat tahun sejak defenden mengeluarkan pernyataan menghasut ini tetapi tidak ada pendakwaan yang dilakukan terhadapnya.[88]

Pada 7 May 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Abdul Hadi Awang untuk membatalkan saman pemula saman terhadap presiden PAS itu yang didakwa menghasut pengikut agama Kristian. Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh plaintif pertama dan kedua dan berkata bahawa saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.[89]

Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri.
Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baharu.
Oleh demkian, saya membenarkan permohonan defendan (Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.[89]

Hakim Akhtar juga memerintahkan setiap plaintif membayar kos tindakan RM50,000 kepada defendan.[89]

Hina mahkamah sunting

Pada 25 Februari 2021, barisan sembilan hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menyatakan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah.[90]

Pada 4 Mac 2021, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily, tidak menamakan hakim tertentu tetapi merujuk kepada Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Beliau kemudian mengatakan ada orang yang tidak peka terhadap Islam dan menyamakannya dengan makhluk tertentu.[91]

Pada 7 Mac 2021, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mahu prosiding penghinaan mahkamah dimulakan terhadap Abdul Hadi Awang. Gopal mengatakan bahawa tidak boleh ada pilih kasih mengenai tindakan penghinaan mahkamah.[92]

Sekiranya Malaysiakini bersalah menghina mahkamah, maka kedudukan Hadi tidak lebih baik. Kalaupun tidak lebih teruk.
Tidak boleh ada pendekatan berbeza dalam hal serangan terhadap tonggak pemerintahan yang penting.
Pada pandangan saya, kenyataannya sangat menghina mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan.
Serangannya menunjukkan ketidakpeduliannya sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang.[92]

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Timbalan Presiden
  2. ^ Riduan Mohamad Nor. 2009. Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. hlm. 6.
  3. ^ a b c Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Ahli Siasah Islam
  4. ^ TranungKite, Al Mahdi dan Anak Tuan Guru Hj Abdul Hadi
  5. ^ "Ayah Chik Tak Balah Sejak Di Bangku Sekolah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-14. Dicapai pada 2019-12-14.
  6. ^ Hooker, Virginia Matheson. Malaysia: Islam, society and politics (dalam bahasa bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Septemvber 2011. In his early childhood, Hadi Awang was taught by his own father Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "PAS Johor Bahru, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - Tokoh Gerakan Islam Yang Hebat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 2013-05-24.
  8. ^ Malaysiakini, Presiden PAS Fadzil Noor meninggal dunia, 23 Jun
  9. ^ Liow, Joseph, Dr. The 49th PAS Congress: Politics behind the Retorics (PDF). Dicapai pada 24 May 2013. confirmed Trengganu Mentri Besar and cleric Abdul Hadi Awang as party president[pautan mati kekal]
  10. ^ Tuan Guru Abdul Hadi Awang Mempertahankan Jawatannya
  11. ^ "Sinar Harian, 2 Oktober 2012, Giant Killer sedia cabar Presiden PAS di Marang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-06. Dicapai pada 2013-05-24.
  12. ^ "Sinar Harian, 5 Mei 2013, Hadi Awang kekal di Marang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-08. Dicapai pada 2013-05-24.
  13. ^ "Sinar Harian, 21 Jun, P37 Marang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-21. Dicapai pada 2013-05-24.
  14. ^ "Sinar Harian, 21 Jun, N19 Ru Rendang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2013-05-24.
  15. ^ Abdul Hadi dilantik MB baru Terengganu.[pautan mati kekal]
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :2 tidak disediakan
  17. ^ Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri Malaysia
  18. ^ "Lantikan tiga Duta Khas diteruskan". BH. September 2, 2021. Dicapai pada 28 Februari 2023.
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  20. ^ "Pengajian Ilmu Di Rusila Lahirkan Masyarakat Bertamadun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-14. Dicapai pada 2019-12-14.
  21. ^ https://www.malaysiakini.com/news/341453
  22. ^ http://kuizm.org/index.php/rangkaian-2/maqtar/48-news/208-kuliahdhuhaperdana
  23. ^ http://upknkelantan.com/30-tahun-mbi-syarahan-khas-presiden-pas-5-feb/
  24. ^ https://www.youtube.com/watch?v=IQhg-C0V-P8
  25. ^ https://www.youtube.com/watch?v=TeOqo9wZFOE
  26. ^ https://www.youtube.com/watch?v=JBzcbO92m8Y
  27. ^ https://www.youtube.com/watch?v=yjV289SR2UU
  28. ^ https://www.youtube.com/watch?v=HdbthvBsw_I
  29. ^ https://www.youtube.com/watch?v=FwwvBWO33sc
  30. ^ https://www.youtube.com/watch?v=-0e0xRd7euk
  31. ^ https://www.youtube.com/watch?v=jYrwAzKcAvU
  32. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/307848/satu-suara-tuntut-pembebasan-al-aqsa
  33. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9eQL0QEXQIE
  34. ^ https://www.youtube.com/watch?v=1K9x23Hsy-A
  35. ^ https://www.youtube.com/watch?v=Oiy85b4OeNo
  36. ^ https://www.youtube.com/watch?v=goq81ra_KmQ
  37. ^ https://www.youtube.com/watch?v=1-c_BD0xdL4
  38. ^ https://www.youtube.com/watch?v=lqh5WBpgFzw
  39. ^ https://www.youtube.com/watch?v=w4HPdP5xd8U
  40. ^ Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=cJWJZ9mHNM8
  41. ^ Bahagian 2: https://www.youtube.com/watch?v=Z_Hi3S7I5T4
  42. ^ https://www.youtube.com/watch?v=_spP5T3tmFM
  43. ^ https://www.youtube.com/watch?v=nOj3aAgtJo8
  44. ^ https://www.youtube.com/watch?v=6bnfKHFtLY0
  45. ^ https://www.youtube.com/watch?v=lUowRZKtIGs
  46. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/22/muzakarah-penggunaan-kalimah-allah-sebagai-terjemahan-kepada-god-tidak-tepat
  47. ^ Laman Presiden, Pendidikan.
  48. ^ AnwarAIDC, Ibrahim Ali pernah tegur Anwar semasa Presiden ABIM.
  49. ^ "Blog Anwar Ibrahim, Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-14. Dicapai pada 2013-05-24.
  50. ^ ibid. Hlm. 33
  51. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-04. Dicapai pada 2019-12-04.
  52. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-04. Dicapai pada 2019-12-04.
  53. ^ http://www.1media.my/2019/07/terengganu-tuan-rumah-persidangan-isu.html
  54. ^ http://syariah.uin-suka.ac.id/id/berita/detail/541/blog-post.html
  55. ^ https://www.facebook.com/agdtv/videos/651700251890403
  56. ^ https://www.youtube.com/watch?v=qTu8kXJy-es
  57. ^ RSIS Distinguished Public Lecture by Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, President, Pan-Malaysian Islamic Party (PAS)
  58. ^ http://www.ibnuhasyim.com/2014/11/presiden-pas-berucap-di-ijtimak-jamaat.html
  59. ^ https://berita.pas.org.my/pencalonan-jawatan-kesatuan-ulamak-islam-sedunia/
  60. ^ "MB ucap tahniah Hadi Awang terpilih Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-10-08.
  61. ^ https://www.youtube.com/watch?v=c9Ds9739s_E
  62. ^ TranungKite, Pemimpin-pemimpin Islam berkumpul di Istanbul.
  63. ^ https://buletinonline.net/v7/index.php/presiden-pas-berucap-di-sidang-antarabangsa-tehran-2/
  64. ^ http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/03/gambar-sekitar-muktamar-wehdatul.html
  65. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-05. Dicapai pada 2020-02-05.
  66. ^ https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2592954494272235
  67. ^ ibid.
  68. ^ ibid. Hlm. 35
  69. ^ ibid.
  70. ^ ibid.
  71. ^ ibid.
  72. ^ Riduan Mohamad Nor. 2009.Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Hlm. 32
  73. ^ ibid. Hlm. 34
  74. ^ "Agong kurnia 'Tun' kepada Malanjum, Raja Muhammad Alias". Berita Harian. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  75. ^ Hadi Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Terengganu.
  76. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-06. Dicapai pada 2019-09-06.
  77. ^ http://muktamar.pas.org.my/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang-dinobat-sebagai-tokoh-perpaduan-ummah/
  78. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-17. Dicapai pada 2019-09-07.
  79. ^ Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak[pautan mati kekal]
  80. ^ Ustaz Abdul Hadi "Ikon Tani Terengganu" 2014
  81. ^ Harakahdaily, 15 April, Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani.[pautan mati kekal]
  82. ^ Islah Perlis, Oktober 2011, Dr Ismail Lutfi "Haji Eae" : Permata Ilmu Pattani Darus Salam.
  83. ^ "HarakahDaily, Mengenali Abdul Hadi Awang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-30. Dicapai pada 2013-05-26.
  84. ^ "G25 tuntut permohonan maaf dari Hadi". Malaysiakini. 2020-01-31.
  85. ^ "'Kumpulan ini lebih bahaya dari al-Maunah'". Malaysiakini. 2020-01-17.
  86. ^ Wahid, Ramieza (2020-01-11). "G25: Jika mahu tinggalkan Islam, itu antara dia dan Tuhan". Malaysiakini.
  87. ^ a b Ramlan, Yasmin (2020-02-19). "Hadi disaran baca laporan sebelum label G25 lebih bahaya dari al-Maunah". Malaysiakini.
  88. ^ a b Rashid, Hidir Reduan Abdul (2020-12-15). "Dua warga Sabah saman Hadi isu kenyataan mubaligh Kristian". Malaysiakini.
  89. ^ a b c Rashid, Hidir Reduan Abdul (2021-05-07). "Mahkamah tolak saman hasutan ke atas Hadi Awang". Malaysiakini.
  90. ^ Rashid, Hidir Reduan Abdul (2021-02-25). "Undang-undang syariah S'gor isu seks luar tabii tak sah - Mahkamah Persekutuan". Malaysiakini.
  91. ^ "'Tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya'". Malaysiakini. 2021-03-04.
  92. ^ a b "Bekas hakim mahu prosiding hina mahkamah terhadap Hadi - laporan". Malaysiakini. 2021-03-07.

Pautan luar sunting