Abdul Hadi Yahya (lahir 6 Mac 1985 di Klang, Selangor) adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang pernah bermain untuk pasukan Perak FA. Beliau bermain di posisi penyerang. Beliau bersara pada tahun 2018 kerana mengalami kecederaan ACL yang perlu memakan masa yang panjang untuk pulih.

Abdul Hadi Yahya
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdul Hadi Yahya
Tarikh lahir (1985-03-06) 6 Mac 1985 (umur 39)
Tempat lahir Klang, Selangor
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak FA
Nombor 7
Kerjaya remaja
2005 Piala Presiden Selangor FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006-2007
2007-2008
2009-2010
2010-2011
2011-2012
2013
Selangor FA
PKNS FC
Kuala Lumpur FA
PBDKT T-Team FC
Terengganu FA
Perak FA
0  ? 0 (?)
0 ? 0 (?)
32 (14)
0 ? 0 (?)
26 (20)
Pasukan kebangsaan
2011 - 2018 Malaysia Malaysia 05 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Jun 8, 2011
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga Oktober 15, 2012

Karier

sunting

Hadi memulakan kerjaya bolasepaknya di pasukan Piala Presiden Selangor FA dan mula mewakili pasukan senior pada tahun 2006. Beliau telah meninggalkan pasukan negeri kelahirannya pada tahun 2007 untuk menimba lebih banyak pengalaman, dan telah mewakili pasukan PKNS FC dan Kuala Lumpur FA.

Hadi kemudian berhijrah ke Pantai Timur untuk mewakili kelab PBDKT T-Team FC dalam Liga Super musim 2010. Untuk musim 2011, beliau bermain dengan pasukan negeri Terengganu. Di sini Hadi memperlihatkan kehebatannya sebagai seorang penyerang, dengan menjaringkan 20 gol untuk memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak liga,[1] dan membantu Terengganu menduduki tempat naib juara liga di belakang Kelantan FA.

Pasukan kebangsaan

sunting

Prestasi hebat Hadi Yahya dalam liga dalam tahun 2011 membuatkan beliau telah dipanggil mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Hadi membuat penampilan antarabangsa pertama sebagai pemain gantian, dan menjaringkan gol pertama beliau untuk Malaysia dalam tempoh 6 minit setelah dimasukkan, dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.[2][3]

Gol-gol senior antarabangsa

sunting
# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan
1. Jun 3, 2011 Padang Sukan Siu Sai Wan, Hong Kong   Hong Kong 1-1 Seri Persahabatan
2. Julai 23, 2011 Stadium Jalan Besar, Singapura   Singapura 3-5 Kalah Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 – Pusingan Kedua AFC

Rujukan

sunting
  1. ^ "Hadi, Fitri peledak terbaik". Berita Harian. 9 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-28.
  2. ^ "Abdul Hadi scores in first major international outing (Abdul Hadi menjaringkan gol dalam penampilan sulung antarabangsa)". The Star (Malaysia). 4 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-16.
  3. ^ "Malaysia hold Hong Kong 1-1 (Malaysia seri dengan Hong Kong 1-1)". the-AFC.com. 4 June 2011.

Pautan luar

sunting