Abdul Halim bin Bukhari

Abdul Halim bin Bukhari atau lebih dikenali sebagai Halim atau Alim Kris dilahirkan pada (1970-10-16) 16 Oktober 1970 (umur 54) di Trong, Perak, Malaysia. Alim merupakan bekas vokalis kumpulan rock popular 90-an, Kris yang mula dikenali menerusi lagu hitnya yang berjudul Tiara dan Lagu Cenderawasih.

Abdul Halim bin Bukhari
Juga dikenali
sebagai
Halim, Alim
Kelahiran (1970-10-16) 16 Oktober 1970 (umur 54)
Trong, Perak Perak
GenreRock, Balada
PekerjaanPenyanyi Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1990 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanKris, M. Nasir
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pembabitan awal

sunting

Pada awal pembabitannya sebagai insan seni, Alim merupakan seorang pembantu di set penggambaran filem Senyuman Seorang Seniman lakonan M.Nasir. Bakatnya dalam bidang nyanyian kemudiannya dikesan oleh komposer tersebut lalu menggabungkan beliau dengan tiga orang pemuzik dari negeri Johor Darul Takzim iaitu Boy (gitar), Lomaq (bass) serta Joey (drum) dan terbentuklah Kris.

Sebagai vokalis Kris

sunting

Beliau pernah menghasilkan dua buah album sewaktu bersama kumpulan tersebut iaitu Tiara (1991) dan Ratna (1993). Kejayaan paling besar dicapai oleh kumpulan tersebut ialah di Juara Lagu 1991 menerusi lagu Tiara. Lagu tersebut juga menjuarai carta stesen-stesen radio seluruh negara dan menjadi salah satu lagu paling popular pada awal dekad 90-an.

Selepas Kris berpecah pada tahun 1995, beliau terus menyepikan diri dari bidang seni suara.

 

Kemunculan semula 2005

sunting

Pada tahun 2005, beliau kembali merakamkan sebuah 'single' berjudul Kunjungan Terakhir yang dimuatkan dalam album kompilasi Khazanah Rock.

Seterusnya pada tahun 2006, Alim bersama tiga vokalis rock seangkatan beliau iaitu Nai (Dinamik), Bagio (Damasutra) dan Nizam (Laksamana) membuat kemunculan semula dengan sebuah album yang diberi judul Penangan Rock. Album tersebut memuatkan dua lagu baru dan selebihnya lagu-lagu hits lama yang dirakamkan semula.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album Penangan Rock adalah:

  1. Segenggam Bara Api (Nai Dinamik)/(Nizam Laksamana)
  2. Gelutan Cinta (Bagio Damasutra)/(Alim Kris)
  3. Gugurnya Bunga Cinta (Nizam Laksamana)
  4. Masih Ada Rindu (Nai Dinamik)
  5. Asyik (Bagio Damasutra)
  6. Jauh Disudut Hati (Alim Kris)
  7. Diantara Gadis (Nai Dinamik)
  8. Gelombang Cinta (Nizam Laksamana)
  9. Tiara (Alim Kris)
  10. Aku Dan Kenangan (Bagio Damasutra)
  11. Biar Putih Tulang (Nai Dinamik)

Selepas itu beliau tidak lagi aktif menyanyi.

Rujukan

sunting

Artis malaysia lama

sunting

😊😊😊😊 2001:E68:5409:1E74:E484:93B3:11E8:8432 22:52, 9 Oktober 2024 (UTC)[balas]