Abdul Hamid Bador
YDH KPN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador (lahir 7 Ogos 1958)[1] ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang terkini.[2] Beliau sebelum ini pernah menjadi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).[3][4][5][6][7][8]
Abdul Hamid Bador | |
---|---|
![]() | |
Ketua Polis Negara Malaysia ke-12 | |
Memegang jawatan 4 Mei 2019 | |
Dicalonkan oleh | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Dilantik oleh | Al-Sultan Abdullah |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri |
|
Menteri |
|
Timbalan | |
Didahului oleh | Mohamad Fuzi Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 7 Ogos 1958
Pasangan | Puan Sri Nor Azrin Marzuki |
Bapa | Konstabel Bador Ijoh |
Alma mater | |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Kehidupan awalSunting
Abdul Hamid Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kepada seorang konstabel polis, Allahyarham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.
Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina Malaysia, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).
PendidikanSunting
Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.
KerjayaSunting
Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.
Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.
Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.
Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.
Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.
Abdul Hamid mula mendapat perhatian pada 2015 apabila mendedahkan ada pihak tertentu menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mendesak siasatan secara telus semasa menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.
RujukanSunting
- ^ "PDRM will meet PM on IPCMC". Bernama. The Borneo Post. 3 May 2019. Dicapai pada 3 May 2019.
- ^ "New IGP: I'm so honoured to be given the trust". The Star (Malaysia). 4 May 2019. Dicapai pada 4 May 2019.
- ^ "Abdul Hamid returns as SB director". Farik Zolkepli. The Star (Malaysia). 23 October 2018.
- ^ "Special Branch head Hamid Bador is acting DIGP". Syed Jaymal Zahiid. Malay Mail. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
- ^ "Abdul Hamid Bador is nation's No. 2 cop". Adrian David. New Straits Times. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
- ^ "SB Director Abdul Hamid Bador appointed acting Deputy IGP". Bernama. The Edge (Malaysia). 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
- ^ "Special Branch chief Abdul Hamid takes on deputy IGP role". Soo Wern Jun. Free Malaysia Today. 15 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
- ^ "The cop in the centre of a storm". Malaysiakini. 14 March 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
Lantikan polis | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mohamad Fuzi Harun |
Ketua Polis Negara Malaysia 2019-kini |
Pemegang jawatan kini |