Buka menu utama

Tun Abdul Hamid Mohamad (lahir 18 April 1942) merupakan mantan Ketua Hakim Negara Malaysia ke 12.

Yang Amat Berbahagia Tun
Abdul Hamid Mohamad
SSM; SPCM (Prk); DUPN, DMPN (PP)
Abdhmd.jpg
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-5
Dalam jawatan
2 November 2007 – 18 Oktober 2008
Didahului olehAhmad Fairuz Abdul Halim
Digantikan olehZaki Azmi
Butiran peribadi
LahirAbdul Hamid bin Mohamad
(1942-04-18) 18 April 1942 (umur 77)
Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang
PasanganToh Puan Hamidah Choong Abdullah
Anak-anak4

BiografiSunting

Abdul Hamid dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan pendidikan menengah di St. Xavier‘s Institution.

Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak.Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian. Beliau menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007, menggantikan Tan Sri Abdul Malek Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Jun 2007.Beliau yang gemar memancing pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Memancing Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Choong Abdullah dan mempunyai empat anak.

Berusia 65 tahun pada waktu perlantikan, Abdul Hamid mempunyai masa yang singkat untuk berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kerana mengikut perlembagaan, umur persaraan hakim ialah 66 tahun tetapi perkhidmatannya boleh disambung selama enam bulan lagi atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[1]

PenghargaanSunting

Penghargaan MalaysiaSunting

RujukanSunting