Abdul Hanan Alang Endut

Datuk Abdul Hanan Alang Endut adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kemudian beliau bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam.[1]

Bebas tuduhan rasuah sunting

Pada 30 Mac 2012, Datuk Abdul Hanan Alang Endut dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor daripada 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM59,390.60 tanpa dipanggil membela diri. Hakim M.Bakri Abdul Majid mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie . Sebelum ini Abdul Hanan, (60 tahun) didakwa menerima suapan-suapan itu di No 25, Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1-15 Disember 2008 dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan dana oleh Global Goodway (M) Sdn. Bhd.

Abdul Hanan turut didakwa telah menunaikan cek-cek itu yang diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran bagi tiga premis sebanyak RM1,542.60, cukai tanah di Mukim Sungai Raya sebanyak RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun isterinya.

Abdul Hanan didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bekas KSU MOSTI mengaku tidak bersalah 10 pertuduhan rasuah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-22. Dicapai pada 2021-09-22.
  2. ^ Bekas KSU MOSTI bebas tuduhan rasuah