Abdul Kadir Yusof

(Dilencongkan dari Abdul Kadir Yusuf)

Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir bin Yusof[1] (10 September 1917 – 18 April 1992) ialah seorang ahli politik UMNO, Malaysia yang terkenal.


Abdul Kadir Yusof

PMN; SPMJ, SSIJ (Joh); SPDK (Sbh); PPM
Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah
Dalam jawatan
1978 – 1982
Didahului olehMohd Asri bin Haji Muda
Digantikan olehShariff Ahmad
Menteri Undang-Undang
Dalam jawatan
1974 – 1978
Didahului olehAbdul Ghani Gilong (USNO)
Digantikan olehHamzah Abu Samah
Peguam Negara Malaysia
Dalam jawatan
1963 – 1968
Didahului olehCecil M Sheridan
Dalam jawatan
24 Mac 1969 – 7 Ogos 1977
Digantikan olehHamzah Abu Samah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tenggaroh
Dalam jawatan
1974 – 1982
Didahului olehKonstentusi Baharu
Digantikan olehKhadri Sabran
Butiran peribadi
Lahir(1917-09-10)10 September 1917
Parit Sakai, Muar, Johor
Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 April 1992(1992-04-18) (umur 74)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan,
Masjid Negara,
Kuala Lumpur,
Malaysia
KerakyatanMelayu
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganTun (Dr) Fatimah Hashim
Anak-anakDatin Mariam
Mohamed Shah
Prof Dato' Dr Khalid
Datuk Ali
Abdul Karim
Faridah

Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1917. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-Undang (19741978) dan Peguam Negara (1963-1977) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (19781982).

PendidikanSunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles (Singapura) (19361940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.

KeluargaSunting

Isterinya ialah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim[2][sumber tak boleh dipercayai?], seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.

Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak lelaki ketiga Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak lelaki kedua Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Anak lelaki keempat bekas Pengurus Besar Bahajian Pengurus Perniagaan disebuah Firma di Jepun Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pengkomesialan buluh di Malaysia. Anak bongsu Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.

PolitikSunting

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-Undang.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Kerjaya KorporatSunting

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Park Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah yang membangunkan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1992.

Meninggal DuniaSunting

Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

YayasanSunting

Yayasan Kadir & Fatimah menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang Syariah dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi Chartered Public Accountant.

Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Penerima pertama Pingat Tun Fatimah ialah Sharifah Fatimah Syed Omar dari Terengganu.

LegasiSunting

RujukanSunting