Abdul Karim Qassim

'Abdul Karīm Qāsim (Arab: عبد الكريم قاسم (Baghdad, 1914 - idem 9 Februari 1963) merupakan seorang ahli politik dan tokoh tentera Iraq. Beliau pernah memegang jawatan sebagai perdana menteri negera itu (1958-1963). Namanya sering ditransliterasikan dengan berbagai cara dari abjad Arab: Abdulkarim Kasem, Abdel-Karim Qaasim, Abdul Karim Qasem.

Abd al-Karim Qasim
Abdul Salam Aref dengan Abdul Karim Qasim.
1st Perdana Menteri Republik Iraq
Dalam jawatan
Julai 1958 – Februari 1963
Digantikan olehAhmed Hassan al-Bakr
Butiran peribadi
Lahir1914
Baghdad, Iraq
Meninggal dunia9 Februari 1963
Baghdad, Iraq
KerakyatanIraq

Biografi sunting

Menempuh pendidikan di negeri itu dan Akademi Tentera Sandhurst, United Kingdom. Ikut serta dalam Perang Arab-Israel 1948, yang ke arah misi terakhir tersebut, ia memimpin sebuah batalion di Brigade Pertama yang ditempatkan di daerah Kafr Qasim, selatan Qalqiliyah.

Pimpinan revolusi yang menggulingkan raja (1958), ia diangkat sebagai Perdana Menteri Iraq dan Menteri Pertahanan. Pada masa pemerintahannya anggota suku Kurdi yang memberontak pada tahun 1943-1945 diberikan pengampunan. Sayangnya, setelah beberapa masa agak tenang, isu autonomi Kurdi tak dipenuhi, menebarkan kekecewaan dan akhirnya pemberontakan orang Kurdi pada tahun 1961.

Ia diturunkan oleh sebuah rampasan kuasa yang diadakan oleh Parti Ba'ats dan dihukum tembak mati pada tahun 1963.

Didahului oleh:
Ahmad Mukhtar Baban
Perdana Menteri Iraq
1958-1961
Digantikan oleh:
Ahmad Hasan al-Bakr