Abdul Karim Rahman Hamzah
Abdul Karim bin Rahman Hamzah (Jawi: عبد الكريم الرحمن حمزة; lahir 15 Mei 1960),[1] merupakan ahli politik Malaysia yang berpangkalan di negeri Sarawak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen utama gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri itu. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak sejak Mei 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak dari Januari 2017 hingga Mei 2017 dan Pembantu Menteri Pembangunan Perumahan dan Belia Negeri Sarawak sejak September 2011 sehingga Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) untuk Asajaya sejak September 2001.
Abdul Karim Rahman Hamzah | |
---|---|
عبد الكريم الرحمن حمزة | |
![]() Abdul Karim pada tahun 2020 | |
Peranan menteri (Sarawak) | |
2011–2017 | Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia |
2017 | Menteri Muda Belia dan Sukan |
2017– | Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
2001–2018 | Barisan Nasional |
2018 | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu |
2018– | Gabungan Parti Sarawak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 15 Mei 1960 |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (-2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (sejak 2018) |
Kediaman | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Kerjaya politik
suntingAbdul Karim pertama kali dilantik sebagai Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia selepas berjaya mempertahankan kerusinya dan menjadi ADUN tiga penggal pada 2011.[2]
Pada Mei 2017, Abdul Karim dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh oleh Ketua Menteri Sarawak keenam, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg untuk mengetuai Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.[3]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2001 | N12 Asajaya | Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) | 5,068 | 70.60% | Abang Abu Bakar Abang Mustapha (BEBAS) | 1,403 | 19.55% | 7,268 | 3,655 | 78.05% | ||
Abdullah Daraup (PKR) | 707 | 9.85% | ||||||||||
2006 | N14 Asajaya | Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) | 6,949 | 78.65% | Mosidi Sait (PKR) | 1,886 | 19.55% | 9,011 | 5,063 | 74.99% | ||
2011 | Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) | 7,597 | 70.97% | Arip Ameran (PKR) | 3,108 | 29.03% | 10,881 | 4,489 | 78.85% | |||
2016 | N15 Asajaya | Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) | 6,163 | 74.72% | Abang Junaidi Abang Gom (PKR) | 2,085 | 25.28% | 8,371 | 4,078 | 76.63% | ||
2021 | Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) | 6,380 | 70.04% | Mahmud Epah (PKR) | 721 | 7.92% | 9,109 | 4,531 | 73.83% | |||
Ishak Buji (PSB) | 1,849 | 20.30% | ||||||||||
Mohamad Mahdeen Saharuddin (PBK) | 159 | 1.75% |
Anugerah
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK". Dewan Undangan Negeri Sarawak. 2008. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ "Sarawak Cabinet (2011)". rimau atas kerusi. 28 September 2011. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ "Awang Tengah appointed new Deputy CM in S'wak cabinet reshuffle". The Sun. Bernama. 7 Mei 2017. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ "Muhyiddin heads list of TYT birthday award recipients". Borneo Post. 14 September 2013. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ "Ahmad Urai, Abdul Karim dan Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT Sarawak". 2021-10-09. Dicapai pada 2021-10-09.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Abdul Karim Rahman Hamzah |