Abdul Latif Gapor merupakan seorang pengarang di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah bidang teknologi pendidikan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI. Beliau merupakan pengamal Domain Penilaian dalam Teknologi Pendidikan. Beliau berkelulusan Sarjanamuda Sains, UPM, Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) USM dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Pendidikan di UTM.

Karya sunting

Buku ini membicarakan khusus mengenai domain penilaian dalam teknologi pendidikan. Domain penilaian merupakan satu daripada lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi pendidikan. Domain penilaian amat penting untuk digunakan bagi mengenal pasti dan mencari jalan ke arah penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi pendidikan baik di peringkat maktab mahupun universiti. Kursus teknologi pendidikan merupakan komponen penting dalam pendidikan guru untuk menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan pengajaran berkesan dengan berintergrasikan teknologi.

Buku ini mengandungi 12 bab. Dalam bab 1, pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi Pendidikan yang mencakupi Domain Penggunaan, Domain Reka bentuk, Domain Pengurusan, Domain Pembangunan dan Domain Penilaian.

Bab 2 pula menghuraikan perihal mengenai Kurikulum dengan kandungan Kurikulum, sumbangan teks atau buku dalam kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum, penilaian kurikulum, reka bentuk kurikulum, hala tuju kurikulum, masa hadapan, model perkembangan kurikulum dan model penilaian kurikulum.

Dalam bab 3; Kurikulum Teknologi Pendidikan di Maktab Perguruan. Pengarang menjelaskan hal mengenai perubahan teknologi perubahan yang meliputi perubahan objektif kurikulum, perubahan kandungan dan tempoh pelaksanaan kurikulum, perubahan kaedah pelaksanaan kurikulum, perubahan penilaian kurikulum, selain membicarakan hal mengenai kaedah guru lulusan maktab memperoleh kemahiran menggunakan media pengajaran ketika menjalani latihan perguruan.

Bab 4 yang bertajuk “Pandangan Pelajar terhadap Pelaksanaan kursus Teknologi Pendidikan” mengulas hal mengenai faktor keberkesanan kurikulum, penilaian kurikulum, kajian, pelaksanaan kursus teknologi pendidikan, objektif kajian, skop kajian, instrumen, analisis, dapatan, pandangan mengenai kuliah, pengurusan dan kaedah kuliah, peralatan atau bahan kuliah dan kemudahan fizikal, pandangan mengenai tutorial, pengurusan dan kaedah tutorial, peralatan atau bahan tutorial dan kemudahan fizikal, pandangan mengenai kerja-kerja kursus penyediaan bahan pengajaran, dan pandangan mengenai ujian pertengahan semester.

Seterusnya dalam bab 5, pengarang membicarakan hal mengenai skop bidang tekonologi pendidikan kepada individu dan organisasi latihan, skop, penggunaan media, pengetahuan profesional teknologi pendidikan di maktab perguruan. Turut dibicarakan juga mengenai masalah penggunaan media pengajaran di sekolah, perspektif dalam perkembangan kursus teknologi pendidikan, instrumen kajian, perspektif teori, analisis data, dapatan dan perbincangan, kemahiran penggunaan alatan dan bahan berasaskan sekolah, kemahiran menggunakan alatan teknologi baru masa kini, kemahiran menghasilkan bahan pengajaran pembelajaran terkini, dan kemahiran mengintergrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bab 6: Pemilihan dan Penggunaan Media Instuksional di Insitut Pengajian Tinggi - memuatkan peranan media; antara isi penting yang dibicarakan termasuklah peranan media, aspek pemilihan media, kesediaan media, bentuk maklumat, kuantiti, spesifikasi teknikal, kos, kegemaran pensyarah, kajian, reka bentuk kajian, istilah operasional, instrumen, dapatan dan perbincangan, tahap pemilihan dan penggunaan media instruksional semasa kuliah dan tutorial. Dalam bab ini juga dimasukkan pandangan pelajar tentang nilai pembelajaran yang diperoleh hasil daripada penggunaan media instruksional, perkaitan antara penggunaan media instruksional dengan nilai pembelajaran yang diperolehi hasil daripada penggunaan media instruksional, perkaitan antara penggunaan media instruksional dengan nilai pembelajaran yang diperolehi.

Bab 7: Penggunaan Media Pengajaran pula memasukkan hal mengenai kepentingan media dan masalah penggunaan media.

Bab 8: Intergrasi inovasi teknologi di kalangan guru pelatih dengan mengambil kes internet merupakan bab yang membincangkan hal tentang kebaikan intergrasi teknologi dalam Pembelajaran, rangka teori, kenyataan masalah, kajian serta dapatan dan perbincangan.

Bab 9: Aplikasi model reka bentuk pengajaran dan teknologi dalam latihan mengajar yang memberi tumpuan khusus kepada masalah latar program, model latihan mengajar dari bilik kuliah ke bilik darjah, reka bentuk pengajaran dan konteks teori dan amalan, reka bentuk pengajaran dan teknologi dan pengajaran berkesan menerusi model reka bentuk pengajaran. Bab ini turut memuatkan kajian, dapatan dan perbincangan, serta kesimpulan yang kesemuan penting bagi guru-guru pelatih menambahkan pengetahuan dan kemahiran mengenai ilmu perguruan.

Bab 10: Penyebatian kemahiran berfikir dalam pelaksanaan kursus kajian reka bentuk instruksional dan teknologi. Bab ini penting untuk menerapkan pengetahuan kepada para pelajar mengenai elemen kemahiran berfikir, latar belakang kursus, sinopsis kursus kajian dalam reka bentuk instruksional dan teknologi, kandungan, objektif kursus, rancangan kuliah, dan pelaksanaan pengajaran.

Bab 11: membicarakan intergrasi penggunaan laman web dengan kuliah yang mengandungi hal-hal mengenai pendekatan para pensyarah, aspek pedagogi laman web, tindakan pendidik, kajian, pengenalan kepada kajian, latar belakang, tujuan laman web, reka bentuk laman web, instrumen, dapatan dan perbincangan, kaedah pemerolehan maklumat laman web di kalangan responden, masalah mengakses secara on-line, waktu perolehan maklumat, maklumat laman web waktu kuliah, dan kefahaman memahami kuliah.

Akhir sekali dalam bab 12, pengarang membicarakan mod penyampaian: E-learning. Dalam bab ini, pengarang membincangkan hal mengenai cara melaksanakan pengajaran, mod penyampaian pelajaran, memaksimumkan pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian reka bentuk persekitaran dan memilih media pengajaran. Pengarang turut memperjelaskan aspek e-learning dengan memberikan definisi e-learning, ciri-ciri e-learning dan impak pembelajaran dengan e-learning.

Isi kandungan buku ini yang cukup menyeluruh dengan huraian yang cukup terperinci tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikan akan dapat membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan baik di maktab mahupun di universiti. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilaian, teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning.

Biodata Ringkas Pengarang:

Abdul Latif Gapor ialah pensyarah bidang teknologi pendidikan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI. Beliau merupakan pengamal Domain Penilaian dalam Teknologi Pendidikan. Beliau berkelulusan Sarjanamuda Sains, UPM, Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) USM dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Pendidikan di UTM.

Pautan luar sunting