Yang Berbahagia Datuk Abdul Latif Romly (lahir 31 Mac 1997 di Perlis, Malaysia) ialah seorang atlet Paralimpik Malaysia. Beliau terkenal kerana berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia pada 11 September di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Beliau juga turut memenangi pingat emas acara lompat jauh T20 lelaki di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Yang Berbahagia Datuk
Abdul Latif Romly
PMW KMN
Maklumat peribadi
Lahir (1997-03-31) 31 Mac 1997 (umur 27)
Perlis, Malaysia
Ketinggian1.77 m (5 ka 10 in)[1]
Berat badan69 kg (152 lb)[1]
IsteriDatin Nurul Nabila Farhana binti Musaidi (k. 2022)
Sukan
NegaraMalaysia
SukanBalapan dan padang
Pengelasan kecacatanT20 Kecatatan Intelektual
AcaraLompat jauh
Dilatih olehMohd Syahrul Amri Suhaimi
Rekod pingat
Olahraga para lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Paralimpik
Pingat emas – tempat pertama 2016 Rio de Janeiro Lompat jauh - T20
Pingat emas – tempat pertama 2020 Tokyo Lompat jauh - T20
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama 2015 Doha Lompat jauh - T20
Pingat emas – tempat pertama 2017 London Lompat jauh - T20
Pingat emas – tempat pertama 2023 Paris Lompat jauh - T20
Pingat perak – tempat kedua 2019 Dubai Lompat jauh - T20
Sukan Para Asia
Pingat emas – tempat pertama 2014 Incheon Lompat jauh - T20
Pingat emas – tempat pertama 2018 Jakarta Lompat jauh - T20
Sukan Para ASEAN
Pingat emas – tempat pertama 2015 Singapura Lompat jauh - F20
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Lompat jauh - T20

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Abdul Latif bin Romly". Kuala Lumpur 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-20. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  2. ^ Rajes Paul (10 September 2017). "Chong Wei all fired up" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  3. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-06-08.
  4. ^ "Hasni dahului 263 penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022". Berita Harian. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.

Pautan luar sunting