Abdul Latiff Abdul Rahman

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai sejak 2018. Beliau juga pernah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MengkebangKelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.

Yang Berhormat Tuan

Abdul Latiff Abdul Rahman

JMN; AP
Anggota Parlimen
untuk Kuala Krai, Kelantan
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Mohd Hatta Md Ramli
Majoriti25,188 (PRU-15)
7,992 (PRU-14)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2013–2018
SultanSultan Muhammad V
Sultan Ismail Petra
Menteri BesarAhmad Yakob
Digantikan olehAbdul Fattah Mahmood
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Mengkebang
Dalam jawatan
2008–2018
SultanSultan Muhammad V
Sultan Ismail Petra
Menteri BesarAhmad Yakob (sejak 2013)
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (hingga 2013)
Didahului olehAzizzuddin Hussein
Digantikan olehMuhammad Mat Sulaiman
Butiran peribadi
LahirAbdul Latiff bin Abdul Rahman
(1971-07-07) 7 Julai 1971 (umur 52)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
(2020-Kini)
PasanganSuhaila Atiqullah
BapaTuan Guru Abdul Rahman bin Sulaiman
HubunganAbdul Basit Abdul Rahman (Abang)

Pendidikan

sunting

Beliau membesar dan mendapat pendidikan awal di Pondok Sungai Durian. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran di Universiti Al-Nahrain, Iraq, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Al al-Bayt, Jordan dalam bidang Tafsir.

Kerjaya

sunting

Beliau menjadi Mudir di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian pada tahun 2000 hingga 2004. Pondok Sungai Durian merupakan pondok yang diasaskan oleh ayahandanya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Beliau telah dilantik oleh kerajaan negeri Kelantan menjadi Penyelia DUN bagi DUN Mengkebang pada 2004 hingga 2008.

Menjelang pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah menjadi calon bagi PAS untuk DUN Mengkebang. Beliau menang dalam pilihan raya tersebut. Kemudian beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2013.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2013 pula, beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di DUN Mengkebang, dan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan sehingga tamat penggal, 2018.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Kuala Krai dan menang.

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Darjah kebesaran

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2021" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.