Abdul Majid Hamzah

Yang Arif Hakim Dato' Sri Haji Tun Abdul Majid Bin Dato' Haji Tun Hamzah, P.J.N., S.S.A.P., D.S.A.P., D.P.C.M., D.S.M.Z. merupakan mantan Timbalan Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara (Gred Utama Turus II). Kini, bermula 1 Ogos 2016, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Beliau terkenal kerana mengetuai barisan pendakwaan Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dengan dibantu oleh Puan Noorin Badaruddin (kini Y.A Datuk Noorin Badaruddin, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam), Puan Hanim Rashid dan Tuan Manoj Kurup. Beliau menggantikan Dato' Salehuddin Saidin kerana Dato' Salehuddin pernah bermain badminton dengan hakim bicara, Y.A Dato' Mohd Zaki Md. Yasin dan mungkin menjejaskan kredibiliti kes tersebut.

Selain itu, Y.A Dato' Sri Tun Abdul Majid juga turut terlibat dalam pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi lain, seperti kes Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia Eng Hock. Sebelum itu, beliau pernah menjadi barisan pendakwaan kes pembunuhan isteri kedua Raja Di-Hilir Perak, Hasleeza Ishak oleh madunya Datin Seri Raja Noor Mahani Raja Shahar Shah pada 2002.[perlu rujukan]

Namun rekod pencapaian tertinggi Y.A Dato' Sri Tun Abdul Majid diinagati kerana siri kejayaannya bagi pendakwaan kes bunuh wakil rakyat oleh Mona Fandey (2001), militan al-Ma'unah (2000), dan Dato' Seri Anwar Ibrahim (1998-1999).[perlu rujukan]

Darjah Kebesaran Diterima sunting

  • Panglima Jasa Negara (P.J.N): Datuk
  • Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia (S.S.A.P.): Dato' Sri
  • Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M): Dato'
  • Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z): Dato'
  • Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia (D.S.A.P): Dato'

Rujukan sunting

Pautan luar sunting