Abdul Majid Mohd Noor

Sahibus Samahah Tan Sri Paduka Sheikh Abdul Majid bin Mohd Noor merupakan Dato' Mursyid Diraja iaitu Mufti Kerajaan Negeri Kedah.

Abdul Majid Mohd Noor
Kelahiran(1923-02-12)12 Februari 1923
Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Meninggal dunia21 September 2015(2015-09-21) (umur 92)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor
PekerjaanMufti Kedah
PasanganKhatijah Ahmad
Anak-anak9

Latar belakang sunting

Sheikh Abdul Majid Mohd Noor lahir pada 12 Februari 1923 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Alor Merah, Alor Setar (1930) selama 3 tahun. Kemudian di Sekolah Rendah Suka Menanti (1935) dan Maktab Mahmud selama 8 tahun. Seterusnya belajar di Universiti Al-Azhar (B.A). Tahun 1955 belajar di Institusi Ain Al-Syam jurusan pedagogi.

Kerjaya sunting

Sekembali ke Kedah, beliau menjadi guru Bahasa Arab di Maktab Mahmud (1945) selama 20 tahun dan menjadi Pemangku Guru Besar di situ (1961). Beliau menjadi Guru Besar di situ pada 1965. Tahun 1969 , dilantik sebagai Pendaftar Sekolah-sekolah Agama di Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah.


1980-an, menjadi Penasihat Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji. Beliau dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud dan sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM) selama tiga tahun. Beliau juga dipilih sebagai hakim pertandingan Tilawatul Al-Quran peringkat negeri Kedah dan peringkat kebangsaan.


Sultan Kedah melantik beliau menjadi Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah.[1] Pada 12 Februari 1979 beliau bersara wajib. Selepas bersara, beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah (1980-1984). Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) negeri Kedah selama 5 tahun. 1979-1986 menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah ; Ahli Majlis Agama Islam Kedah ; Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah ; dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah.

Hasil penulisan sunting

Antara hasil karya beliau ialah Risalah Sembahyang Terawih ; Sembahyang Musafir dan Jamak dan Qasar. Beliau juga menyusun kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah di Kedah.

Pingat dan anugerah sunting

Beliau terpilih sebagai Tokoh Guru Negeri Kedah 1986 ; Tokoh Maal Hijrah (1998); Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Beliau menerima pingat D.H.M.S. yang membawa gelaran Dato' Paduka; D.P.M.K.; S.M.K.; P.C.K.; Dato' Setia Jaya dan Dato' Mursyid Diraja (Dato' Bergelar Orang Besar Enam Belas). Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kedah 1986, Tokoh Guru Kebangsaan bersempena sambutan Hari Guru (1987) dan Tokoh Maal Hijrah (1998).[2]

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, 92, meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah di sini pada 21 September 2015.

Allahyarham merupakan Anggota Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.00 pagi tadi.

Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Khatijah Ahmad, 87, sembilan orang anak, 40 orang cucu dan 20 orang cicit.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor selepas solat Asar.

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai YDP MAIK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2021-09-22.
  2. ^ "Syeikh Abd. Majid bin Mohd. Noor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-03. Dicapai pada 2012-05-07.