Abdul Malek bin Hasan

Ulama Kelantan

Haji Abdul Malek bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang ialah seorang tuan guru pondok di Kelantan. Beliau ialah datuk kepada Dr. Nik Safiah Karim, pakar rujuk bahasa di Malaysia[1].

Tuan Guru

Haji Abdul Malek Sungai Pinang
Kelahiran
Abdul Malek bin Hasan

1834
Kampung Sungai Pinang, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
PendidikanPondok Bendang Daya, Pattani
Kota suci Mekah Al-Mukarramah, Semenanjung Arab
Terkenal keranaPenasihat Sultan Kelantan, Sultan Mansor ibn Long Ahmad
Sekolah pondok di Sungai Pinang, Kelantan
SaudaraNik Safiah Karim (cucu)

KehidupanSunting

Haji Abdul Malek dilahirkan pada tahun 1834 di Kampung Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Beliau menuntut ilmu di Pondok Bendang Daya, Pattani selama tujuh tahun[2] dan di Makkah selama 10 tahun[3].

Selepas 10 tahun di Tanah Suci Makkah, Haji Abdul Malek kembali dan membuka sekolah pondok di tepi Sungai Pinang dan sejak itu, beliau menerima ramai anak murid termasuk Tok Selehor[3].

Di peringkat negeri pula, beliau menjadi penasihat oleh Sultan Mansor Ibn Sultan Ahmad dalam penguatkuasaan undang-undang Islam[1][3].

Keilmuan dan warisanSunting

Beliau masyhur alim al-Quran dan kitab Jawi. Selain mengajar al-Quran dan kitab Jawi, beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir. Beliau merupakan tokoh seangkatan dengan Tok Mesir, Tok Ayah Kerasak, Haji Nik Mat Dagu dan Haji Ismail Pengkalan Paung. Merupakan rakan akrab Haji Abdul Latif Jalaluddin ( Bilal Masjid Kayu Kota Bharu ). [4]

Kebanyakkan murid-murid Tuan Guru Haji Abdul Malek diberkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing. Antara murid-murid kenamaannya: Tok Jerulung @ Haji Mohd Said Muhammad, Haji Samad Hasan Padang Chenok, Haji Che Mat Taib Pasir Pekan Hilir, Haji Ismail Musa Temangan, Haji Wan Abdullah Kg.Chap/Sungai Pinang, Wak Haji Khatib Ahmad Bemban/Binjai, Tok Kedah @ Haji Idris Penggawa Kangkong, Haji Mahmud Ali (Imam Kangkong), Haji Daud Saamah (bapa kepada Tuan Guru Haji Saad Kangkong), Haji Mohd Akib Ismail Kg.Kelar, Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Haji Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Pasir Mas, Tuan Guru Haji Wan Ahmad Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Osman (pensasas Pondok Selehong), Tuan Guru Haji Yusuff Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), Haji Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Haji Seman Sering (kemudian lebih terkenal dengan nama Syeikh Osman Jalaluddin al-Kelantan)

Meninggal duniaSunting

Haji Abdul Malek meninggal dunia di Sungai Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan 1353 bersamaan 18 Disember 1934.[5]

RujukanSunting

  1. ^ a b MOHD HAFIZ ISMAIL (21 Jun 2020). "Nik Safiah terima ijazah daripada Tunku". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  2. ^ Abd al-Malik Sungai Pinang, Haji (c. 1834-1934)
  3. ^ a b c Muhamaad Razis Ismail (11 Mei 2020). "Tok Guru Haji Malek jalan kaki 155km demi ilmu". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
  4. ^ Kesultanan Melayu Kelantan. Rogayah A. Hamid, Maryam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006 - Malay literature - 641 pages
  5. ^ Sastera dan politik: penulis, akhbar, dan Gapena. Alias Muhammad. Gateway Publishing House, 2005 - Authors, Malay - 266 pages

Pautan luarSunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.