Abdul Malik bin Marwan

Abdul Malik bin Marwan (647-705) merupakan khalifah kelima Kerajaan Bani Umaiyah menggantikan ayahnya, Marwan I. Pemerintahannya berlangsung selama 21 tahun bermula tahun 685 M hingga 705 M. Beliau juga terkenal dengan perwatakannya yang zuhud dan berilmu.

Abdul Malik
عَبْد الْمَلِك
Dinar emas dikeluarkan Kerajaan Bani Umaiyah pada 695
Khalifah kelima Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan12 April 685 – 9 Oktober 705
Didahului olehMarwan I
Diikuti olehAl-Walid I
KeputeraanJun/Julai 647
Madinah, Khulafa al-Rasyidun
Kemangkatan9 Oktober 705 (umur 58–61)
Damsyik, Kerajaan Bani Umaiyah
PemakamanLuar Bab al-Jabiya, Damsyik
Pasangan
  • Wallada bint al-Abbas ibn al-Jaz
  • Atikah binti Yazid bin Muawiyah
  • Aisyah binti Hisham bin Ismail
  • Ummu Ayyub binti Amr bin Uthman
  • Aisyah binti Musa bin Talhah
  • Ummu al-Mughirah binti al-Mughirah
  • Ummu Abiha binti Abdullah bin Jaafar
  • Shaqra binti Salamah bin Halbas
Anakanda
Nama penuh
Abdul Malik bin Marwan bin al-Hakam
KerabatMarwan
DinastiUmaiyah
AyahandaMarwan I
BondaAisyah binti Muawiyah
AgamaIslam

Kehidupan awal sunting

Abdul Malik telah dilahirkan pada 26 H (647 M) di Madinah. Bapanya ialah Marwan bin al-Hakam manakala ibunya ialah Aisyah binti Muawiyah bin al-Mughirah. Beliau sejak kecil telah mempelajari ilmu agama dengan beberapa para sahabat dan sempat dididik oleh Saidina Uthman. Beliau juga gemar kepada syair dan ilmu kesusasteraan.

Ketika zaman pemerintahan Muawiyah, beliau telah dilantik menjadi pemimpin tentera dari Madinah bagi menyerang Byzantium. Ketika pemerintahan Marwan pula, beliau telah menjadi penasihat kepada khalifah dan dilantik sebagai gabenor Palestin. Beliau bersama adiknya, Abdul Aziz juga telah dilantik sebagai putera mahkota ketika pemerintahan ayahnya.

Pemerintahan sunting

Abdul Malik telah dilantik sebagai khalifah selepas kematian ayahnya, Marwan pada tahun 685 M. Semasa pemerintahannya, perpecahan dalam kalangan umat Islam masih wujud termasuklah dari pasukan Abdullah ibn Zubair di Hijaz, golongan Khawarij dan golongan Syiah yang hampir menubuhkan negara baharu di Iraq. Beliau telah menghantar serangan ke atas golongan Syiah bagi menakluk Iraq namun gagal pada kali pertamanya.

Pada tahun 689, Byzantium telah mula menyerang di sempadan utara taklukannya, lalu menduduki Antokiah. Abdul Malik terpaksa melaksanakan gencatan senjata selama 10 tahun dengan Byzantium. Pada tahun 691, beliau telah menyerang Iraq buat kali kedua dan berjaya menakluknya. Seterusnya beliau telah menghantar pasukan tentera diketuai al-Hajjaj bagi menundukkan Abdullah bin Zubair di Hijaz. Tenteranya telah mengepung Mekah sehingga ramai pengikut Abdullah bin Zubair menyerang. Namun, Abdullah bin Zubair dengan baki pengikutnya tidak mahu menyerah lalu akhirnya dibunuh. Kematian Abdullah bin Zubair menandakan tamatnya perpecahan umat Islam dalam kerajaan Umaiyah. Di Iraq, kekacauan politik masih berlaku di mana puak Khawarij mula mengancam kedudukan khalifah. Pada tahun 697, pasukan tentera yang diketuai al-Hajjaj telah menyerang Khawarij lalu berjaya mengalahkan mereka.

Pada tahun 691, Byzantium telah membatalkan gencatan senjata lalu mencetuskan semula perang antaranya dengan kerajaan Umaiyah. Perang Sebastopolis telah tercetus sekitar tahun 692 menyaksikan kekalahan Byzantine. Kerajaan Umaiyah pula berjaya menduduki wilayah Anatolia dan Armenia menerusi serangan berterusannya antara tahun 694-695. Pasukan tentera juga telah dihantar ke Afrika Barat lalu menakluk Ifrikiyah dan Carthage yang diduduki Byzantium dan Barbar.

Sepanjang pemerintahannya, pelbagai perubahan yang telah dilakukannya seperti tindakannya melantik ramai ahli keluarganya dalam jawatan kerajaan, berbeza seperti khalifah sebelum ini yang lebih terbuka. Pelbagai juga kemajuan yang telah diadakan termasuklah penetapan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan, mengeluarkan mata wang baru iaitu dinar emas dan dirham perak menggantikan mata wang Byzantium dan Parsi. Beliau juga mengembangkan sistem pos yang telah diwujudkan semasa pemerintahan Muawiyah dan membina kemudahan serta infrastruktur seperti gudang dan kilang senjata. Beliau juga memperluas Masjidil Haram dan membina Kubah al-Sakhrah.

Abdul Malik telah meninggal dunia pada tahun 705 M dan digantikan oleh Al-Walid I.[1]

Pautan luar sunting

  1. ^ Al-Bakri, Dr Zulkifli Mohamad (7 Disember 2022). "Khalifah Abdul Malik Bin Marwan : Ulama Dan Khalifah Umat Islam". ZULKIFLI AL-BAKRI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2023.
Abdul Malik bin Marwan
Tarikh keputeraan: 646 Tarikh kemangkatan: 8 Oktober 705
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Marwan I
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

685 – 8 Oktober 705
Diikuti oleh:
Al-Walid I