Buka menu utama

Abdul Malim Baginda adalah pengarah syarikat Terasasi (Hong Kong) Ltd. Nama anaknya Abdul Razak Baginda muncul dalam kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di Shah Alam pada 2006.

Dokumen Pernilaian TUDMSunting

Nama Abdul Malim Baginda dan Abdul Razak Abdullah Baginda muncul semula pada Mei 2012 semasa perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene di Paris ,Perancis. Peguam Perancis, Joseph Breham mendakwa syarikat pertahanan Perancis, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli. DCNS, ialah syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.[1]

Syarikat Terasasi adalah sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia. Pada 3 Jun 2012, Suaram mendesak kerajaan menjelaskan peranan Terasasi berhubung dakwaan menjual rahsia negara ini dan menuntut siasatan penuh dibuat, juga terhadap pegawai tinggi Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Malaysia.

Penasihat Suaram, Kua Kia Soong menyatakan bahawa pembocoran dokumen adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Rahsia Rasmi dan boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Pada 30 Mei 2012, semasa di Bangkok, Suaram mendakwa tentang penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara. Ini berdasarkan dakwaan Peguam Perancis, Joseph Breham bahawa syarikat pertahanan Perancis, DCNS (pengilang Scorpene) [2]membayar Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli.

Pada 4 Jun 2012, 4 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berusaha membawa usul tergempar di Parlimen yang bermula pada 11 Jun 2012. Permohonan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) itu akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. [3]

Pada 27 Jun 2012, pertama kali di Parlimen,Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing. Kementerian Pertahanan juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro. [4]

RujukanSunting