Abdul Manan Ismail
Dato' Sri Abdul Manan bin Ismail (28 Jun 1948 – 12 Februari 2018)[1] merupakan Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang dari Barisan Nasional-UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Mohd. Jafri Ab Rashid dengan majoriti sebanyak 8,503 undi. Beliau memperolehi 19,355 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,852 undi.
Abdul Manan Ismail | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P84 Paya Besar, Pahang | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 12 Februari 2018 | |
Didahului oleh | Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman (BN) |
Digantikan oleh | Mohd Shahar Abdullah |
Majoriti | 8,503 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 28 Jun 1948
Meninggal dunia | 12 Februari 2018 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 69)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Parti politik | ![]() ![]() |
Kediaman | Taman Melawati, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Dalam Pilihan raya 2004, Abdul Manan Ismail (UMNO) menang bertanding di DUN Panching Pahang. Beliau mendapat 7527 undi. Sementara Yusof Embong (PAS) mendapat 3780 undi.[2]
Pada 9 Julai 2011, Abdul Manan menyampaikan netbook 1Malaysia kepada 350 pelajar tidak berkemampuan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembing di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Hampir 2,000 netbook 1Malaysia bernilai RM2 juta telah diagihkan kepada pelajar tidak berkemampuan di Parlimen Paya Besar.[3]
Rujukan Sunting
- ^ "Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia". Sinar Harian. 12 February 2018. Dicapai pada 13 February 2018.
- ^ [Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia.]
- ^ "Tidak wajar jual netbook 1Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-14. Dicapai pada 2011-11-28.