Abdul Manan Othman

Dato' Abdul Manan bin Othman ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Kuala Terengganu selama tiga penggal, iaitu 1978-1982, 1982-1986, dan 1990-1995. Beliau pernah menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dan Mahathir Mohamad.

Dato'

Abdul Manan Othman

D.P.M.T., P.P.T.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Terengganu
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehZubir Embong
Digantikan olehAbu Bakar Daud
Dalam jawatan
1978–1986
Didahului olehMustafa Ali
Digantikan olehZubir Embong
Butiran peribadi
Lahir1936
Kampung Balik Bukit, Kuala Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia18 Januari 2017
Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik

Politik sunting

Beliau menang bertanding dalam pilihan raya umum 1978 dan 1982 bagi kawasan Kuala Terengganu atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau dilantik menjadi Menteri Perusahaan Awam.

Ketika UMNO berpecah dua kumpulan, beliau menyertai kumpulan yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti baru, Parti Melayu Semangat 46. Dalam pilihan raya umum 1990, Abdul Manan mewakili Angkatan Perpaduan Ummah memenangi parlimen Kuala Terengganu atas tiket S46. Beliau kekal sebagai ahli parlimen selama sepenggal.

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Abdul Manan Othman
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1978 Kuala Terengganu Abdul Manan Othman BN (UMNO) 13,585 Mustafa Ali PAS 7,827 5,758
Kassim Ahmad PSRM 4,644
1982 Kuala Terengganu Abdul Manan Othman BN (UMNO) 18,545 Wan Muttalib Embong PAS 13,078 5,467
Syed Shafie Tuan Baharu PSRM 1,231
1990 Kuala Terengganu Abdul Manan Othman S46 21,310 Zubir Embong BN 19,430 1,880
Adenan Abd. Rahman Bebas 390
1995 Kuala Terengganu Abdul Manan Othman S46 20,771 Abu Bakar Daud BN 25,620 4,849

Meninggal dunia sunting

Abdul Manan meninggal dunia pada 18 Januari 2017 di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur akibat jangkitan paru-paru. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bekas Menteri Abdul Manan Othman Meninggal Dunia - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-18. Dicapai pada 2023-09-26.