Datuk Abdul Murad Khalid adalah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengarah Eksekutif RHB Bank Bhd.


Abdul Murad meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Februari, tanpa memberi alasan. Beliau adalah pegawai paling kanan bank pusat itu yang meletakkan jawatan, setelah peletakan jawatan oleh Gabenor BNM, Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan Timbalan Gabenor, Datuk Fong Weng Phak pada 1 September . Abdul Murad menyertai BNM pada 1 April 1976 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan.


Dia pernah bertanggungjawab menggubal peraturan perbankan dan kawal selia di BNM dan terlibat dalam skandal Sime Bank. Pada akhir 1992, dia mengambil alih operasi tukaran asing BNM setelah bank itu menanggung kerugian melebihi RM9 bilion dalam kerugian atas kertas pada tahun yang sama.

Hartanah RM23 jutaSunting

Pada Abdul Murad Khalid (46 tahun) dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mengisytiharkan saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. dan 51 hartanah bernilai lebih RM23 juta.

Abdul Murad gagal mengikrarkan harta bernilai RM23,925,369.40 yang dipegang oleh Gan Hong Sing @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting bagi pihak dan faedah dirinya. Pada 20 Ogos , 11.56 pagi dia melakukan kesalahan itu di BNM, Jalan Datuk Onn,Kuala Lumpur.Kemudian Abdul Murad ditangkap di rumahnya di Bukit Damansara. Kesalahannya ialah dia tidak mematuhi notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 87(1)(c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Sepatutnya tertuduh mengisytiharkan semua hartanya (dalam dan luar negara) secara bertulis sepanjang tempoh 1 Januari 1994 hingga 6 Ogos .

Harta-harta tersebut termasuk yang dimiliki oleh isteri, tanggungan atau mana-mana pihakyang memegangnya, bagi faedah dirinya. Hartanah tersebut termasuklah tanah dan nilai pasarannya, saham-saham yang tersenarai atau tidak serta sekuriti atau aset-aset lain.

Menurut Seksyen 103(1)(a) , Abdul Razak boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaruzaman Abdul Jalil, dari BNM supaya Abdul Murad diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Akhirnya hanya RM400,000 didepositkan ke dalam bank bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah. Dokumen perjalanan Abdul Murad diserahkan sebagai syarat jaminan.[1]


20 akaun berkanunSunting

Pada 7 Jun 2012, Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahimmenggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya bernilai RM3 bilion. Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu .[2] Datuk Ibrahim Ali dari Perkasa menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas (RCI) menyiasat hartanah RM3 bilion ini.Hadir sama dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman ialah Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Bakar; Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Brigadier Jeneral (B) Datuk Ahmad Sujak.[3][4]


Abdul Murad pernah mengakui mengurus pembayaran AS$10 juta (RM38 juta) kepada Asia Pacific Policy Center (APPC - kumpulan pemikir dari Amerika) dan membayar lebih RM120 juta kepada Anwar, kroninya dan organisasi tertentu bagi menjayakan cita-cita politik Anwar (1992 dan 1997. Walaupun Abdul Murad mendakwa terpaksa melakukan atas arahan dan kehendak Anwar yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dia tidak patut terlepas daripada tindakan undang-undang.[5]


Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris telah menyiasat akuan berkanun itu sehingga ke Singapura dan United Kingdom. Tetapi tiada sebarang bukti bagi akuan berkanun itu. Akhbar New Straits Times Press Bhd (NSTP) telah menyiarkan artikel bertajuk "Anwar's Link To US Lobbyist" ketika Anwar berada di Penjara Sungai Buloh. Abdul Razak kemudian bersara pada umur 60 tahun. [6]


Pada Jun 2012, media Malaysia melaporkan Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset Azmin dan Shamsidar Taharin bernilai lebih RM30 juta.[7]

RujukanSunting