Abdul Rahim bin Abu Bakar

Dato' Abdul Rahim bin Abu Bakar, DSAP., SMP., AMN. (7 Februari 1943 - 24 September 2009) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, mantan Menteri Besar Pahang. Pada 24 September 2009, beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di rumahnya di Jalan U. Thant, Kuala Lumpur.[1].

Yang Hormat Dato'

Abdul Rahim bin Abu Bakar

DSAP, SMP (Pah); AMN
Menteri Besar Pahang ke-10
Dalam jawatan
19 Julai 1978 – 7 November 1981
Didahului olehMuhamad Jusoh
Digantikan olehAbdul Rashid Abdul Rahman
Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi
Dalam jawatan
1984 – 1986
Didahului olehClarence E. Mansul
Digantikan olehZainal Abidin Zin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuantan
Dalam jawatan
1982 – 1990
Didahului olehMohd Ali M. Shariff
Digantikan olehAdam Abdul Kadir
Butiran peribadi
Lahir(1943-02-07)7 Februari 1943
Beserah, Kuantan, Pahang
Meninggal dunia24 September 2009(2009-09-24) (umur 66)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikUMNO
PasanganDatin Rosnah Kamaruddin
Anak-anakRoslina
Rosnita
Mohd Rizal
Rosazreen
PekerjaanADUN, Ahli Parlimen

Latarbelakang sunting

Dato' Abdul Rahim lahir di Beserah, Kuantan. Beliau juga adalah bekas pelajar SMK Sultan Abu Bakar yang mana di antaranya ialah Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Adam Kadir, Datuk Maznah Mazlan, Sudirman Arshad, Yasmin Yusuff, Azmi Ibrahim, Mohd Zuzaili Sameon dan Datuk Jamal Abdul Nasir.

Beliau juga merupakan graduan jurusan ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau berkahwin dengan Datin Rosnah Kamaruddin dan dikurniakan empat orang anak iaitu Roslina, Rosnit, Mohd Riza dan Rosazreen.

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pelajaran di Universiti Malaya, Abdul Rahim menjadi penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 1966 dan sepanjang kerjaya pernah memegang beberapa jawatan termasuk pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan, Penolong Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Pahang. Selain daripada politik, beliau dikatakan berjaya di dalam bidang koperasi dan beliau juga merupakan pejuang bahasa Melayu yang gigih semasa beliau menjadi pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka selama 16 tahun.[2]

Politik sunting

ADUN Beserah dan Menteri Besar Pahang sunting

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ADUN Beserah selepas memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 1978. Kerjaya politik beliau serta-merta meningkat secara mendadak apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke-10 dari 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981. Beliau menjadi Menteri Besar Pahang selama sepenggal sahaja (3 tahun) kerana krisis dengan Sultan Pahang.

Ahli Parlimen dan Kabinet sunting

Kemudian menjadi Anggota Parlimen Kuantan setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982. Beliau menewaskan calon DAP, Lim Pan Chiang. Abdul Rahim pernah dipilih beberapa kali sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mulai tahun 1980 tetapi gagal mempertahankan kedudukannya sebagai anggota MT pada pemilihan 1996. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi pada 1984 selama dua tahun.

Tugas-tugas lain sunting

Beliau pernah menjadi pengerusi MARA dari 16 Oktober 1982 hingga 16 Julai 1984. Menurut Datuk Abdul Jabbar Ibrahim, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, di antara kejayaan besar di dalam bidang koperasi, Allahyarham ialah 'menyelamatkan' Koperasi Shamelin yang ketika itu berdepan bebanan hutang sehingga mampu pula memberi dividen yang mana Allahyarham merupakan Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991 sehingga kini.[3]

Pejuang bahasa sunting

Beliau dilantik menjadi Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1986. Menurut Tan Sri Johan Jaafar, pengerusi Media Prima, beliau meninggalkan jawatan berkenaan pada tahun 2002 menjadikan beliau pengerusi terlama di dalam sejarah DBP iaitu selama 16 tahun. Rencana dan cerita berkaitan Nadrah yang Datuk Johan terbitkan di atas sokongan beliau Februari hingga Mei 1989 menjadikan Dewan Masyarakat, sebuah majalah terbitan DBP, menjadi jualan hangat di kalangan Melayu.[2] Semasa Datuk Rahim masuk ke dalam DBP, Datuk Johan masih lagi menjadi pegawai muda organisasi berkenaan. Pada masa itu Selain itu Abdul Rahim menjadi Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mulai Januari 2009.Di sektor swasta, beliau menjadi Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991-2009.[4] Beliau berjaya melangsaikan hutang koperasi berkenaan sehingga mampu pula memberi dividen. Beliau adalah antara orang yang terlibat dalam penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) .

Pemodenan Puzat Pungutan Zakat sunting

Beliau juga merupakan pencetus idea pemodenan bagaimana kutipan zakat dilakukan dengan menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan pada tahun 1990. Dengan adanya PPZ, pusat yang sebelum ini kutipan zakat adalah di dalam keadaan bercelaru berubah menjadi pusat integrasi pungutan zakat berkomputer yang pertama di seluruh dunia. Sebelum adanya PPZ, kutipan zakat berjumlah hanya RM5 juta setahun, kemudian selepas wujudnya PPZ, kutipan zakat meningkat menjadi RM150 juta setahun dan kejayaan PPZ ini direplikasi di negeri-negeri lain di Malaysia.[2]

Meninggal dunia sunting

Pada 24 September 2009, beliau meninggal dunia di Jalan U Thant, Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Antara yang hadir di majlis pengkebumiannya ialah ahli politik Pahang seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Lain-lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Dr. Rais Yatim. Jenazah dibawa ke Masjid Kampung Pandan, Ampang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Former Pahang MB Datuk Abdul Rahim Abu Bakar Dies", Bernama, 25 September 2009.
  2. ^ a b c "Johan Jaafar: Integrity was former Pahang MB's middle name", Malaysia Today, 26 September 2009.
  3. ^ ""Abdul Rahim tegas, pentingkan rakyat", Utusan Online, 26 September 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2009-09-27.
  4. ^ "Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-28. Dicapai pada 2009-09-26.

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
18 Julai 19786 November 1981
Penyandang Kemudian
Muhamad Bin Jusoh Hj Abdul Rashid Bin Hj Abdul Rahman