Abdul Rahman Abbas

Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Abbas (lahir 15 April 1938) ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 dari 1 Mei 2001 hingga 30 April 2021. Beliau juga merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


Abdul Rahman Abbas

SMN; DMK (Kedah); DUPN (Pulau Pinang); SPDK (Sabah); SUMW (WP); DP (Sarawak); DMPN, DJN (Pulau Pinang)
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7
Dalam jawatan
1 Mei 2001 – 30 April 2021
Ketua MenteriKoh Tsu Koon (2001–2008)
Lim Guan Eng (2008–2018)
Chow Kon Yeow (2018–2021)
Didahului olehHamdan bin Sheikh Tahir
Digantikan olehAhmad Fuzi Abdul Razak
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 4 April 1995
Didahului olehOoi Ean Kwong
Digantikan olehYahaya Abdul Hamid
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Bertam
Dalam jawatan
1977–1995
Didahului olehAhmad Abdullah
Digantikan olehHilmi Abdul Rashid
Butiran peribadi
Lahir (1938-05-15) 15 Mei 1938 (umur 85)
Permatang Pauh, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Parti politikUMNO
PasanganToh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
KediamanSeri Mutiara
Alma materUniversiti Malaya
ProfesionGuru

Kerjaya dan politik sunting

Abdul Rahman bekerja sebagai guru selama 20 tahun. Mulai 1978 bertanding beliau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang dan menang selama empat penggal.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974-1988. Beliau merupakan anggota Pemuda Umno dari 1976-1978 dan menjadi Timbalan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sunting

Beliau mula dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001. Seterusnya dilantik semula pada 1 Mei 2005.

Pada 15 April 2009, Abdul Rahman menerima watikah pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2009, Abdul Rahman Abbas mengangkat sumpah angkat sumpah penggal ke-3 di Seri Mutiara dan disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Kenamaan yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan lain-lain.[1]

Keluarga sunting

Abdul Rahman berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan dengan empat orang anak.

Sakit paru-paru sunting

Perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 19 April 2010 ditangguhkan kerana Tun Abdul Rahman Abbas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana penyakit berkaitan paru-paru.[2]

Penghargaan dan gelaran sunting

Beliau telah dianugerahkan:[3]

Gelaran sunting

Beliau kini memegang gelaran "Tun Datuk Seri Utama" dengan gabungan gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi Pulau Pinang "Dato' Seri Utama" (DUPN).

Di negeri-negeri lain di Malaysia, gabungan yang sama antara gelaran Persekutuan Malaysia yang tertinggi "Tun" (SMN) dan gelaran tertinggi tempatannya boleh digunakan. Contoh: Tun Datuk Seri Panglima di Sabah.

Penghargaan Pulau Pinang sunting

Penghargaan Malaysia sunting

Penghargaan dan gelaran Majimor binti Shariff sunting

Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff telah dianugerahkan:[5]

Gelaran sunting

Beliau memegang gelaran "Toh Puan Datuk Seri Utama" dengan gabungan Toh Puan yang dihubungkan dengan gelaran "Tun" (SMN) tertinggi Malaysia suaminya dan gelaran "Dato' Seri Utama" (DUPN).

Penghargaan Pulau Pinang sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • "Biografi" (dalam bahasa Malay). Penang State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2011. Dicapai pada 2011-04-30. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)