Abdul Rahman Hashim

Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (7 Julai 1923 – 7 Jun 1974) ialah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.


Abdul Rahman Hashim

PMN; DPMK (Kedah); JMN; SMK (Kedah); AMN; BBU (Indonesia); KGC (Thailand)
Ketua Polis Negara Malaysia ke-3
Dalam jawatan
1 Februari 1973 – 7 Jun 1974
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
MenteriIsmail Abdul Rahman
Ghazali Shafie
Didahului olehMohamed Salleh Ismael
Digantikan olehMohammed Hanif Omar
Butiran peribadi
Lahir(1923-07-07)7 Julai 1923
Yan, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia7 Jun 1974(1974-06-07) (umur 50)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PasanganPuan Sri Halimah Mohamed Isa
Anak-anak7

Pendidikan sunting

Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1923 di Yan, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.

Kerjaya sunting

Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober 1941) ; Ketua Polis Daerah Kuala Nerang ; Ketua Polis Daerah Baling (1948) ; Pegawai Penyiasat Jenayah (1949) ; Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952) ; Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor ; Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah ; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960) ; Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963) ; Pengarah Cawangan Khas (1971) ; Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan Ketua Polis Negara yang ke-3 (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974).

Beliau dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957).

Ditembak mati sunting

Semasa menjadi Ketua Polis Negara (1973-1974) beliau ditembak oleh anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Beliau lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan. Tahun 1974-1975 adalah tahun kedua pemberontakan komunis di Malaysia selepas 1958-1960.Tugu Negara turut diletupkan. Perang Vietnam antara Amerika Syarikat dan Vietnam dimenangi oleh gerila Vietnam. [1]Pembunuhan itu atas arahan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya.[2] Bagaimanapun Karpal Singh meminta penjelasan lanjut misteri pembunuhan itu sebab tiada bukti yang jelas.[3]

 
Pusara Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Reben Perkhidmatan sunting

   
       
       

Pingat dan anugerah sunting

Beliau menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) (1961) ; Pingat Peringatan Kedah (1965) ; Johan Mangku Negara (J.M.N) (1961) ; Bintang Republik Indonesia yang dianugerahkan oleh Presiden Indonesia Suharto (1970) ; Crown Second Class oleh Raja Thailand (1970) ; Bintang Bhayangkara Utama oleh Republik Indonesia (1973), Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) dan Setia Mahkota Kedah (S.M.K.).[4]

Rujukan dan pautan Luar sunting

  1. ^ At peace in their village
  2. ^ Rise and fall of communism in Malaya
  3. ^ It’s not a made up story, says Abu Seman
  4. ^ "Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2012-05-12.


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Malaysia
1 Februari 19737 Jun 1974
Penyandang Kemudian
Tun Mohamed Salleh Ismael
Tun Mohammed Hanif Omar