Abdul Rahman Ibrahim

Tuan Haji Abdul Rahman Ibrahim (Jawi: ﺣﺎج عبد الرﺣﻣن اﺑﺭﺍهيم) merupakan jurulatih bola sepak Malaysia. Beliau dilahirkan di Terengganu pada 13 April 1946 dan pernah membimbing beberapa pasukan di Liga Malaysia seperti Selangor dan Perlis. Beliau juga pernah membimbing Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1998 sehinggalah 2000. Beliau kini merupakan jurulatih bagi kelab PKNS. Sebelum itu dia melatih sebuah pasukan Liga Indonesia, Deltras Sidoarjo.[1]

Karier sunting

Haji Abdul Rahman dilihat lebih berjaya bersama Perlis FA. Pada tahun 2005, Haji Abdul Rahman membantu Perlis memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan Liga Super 2005. Beliau kemudian membantu Perlis memenangi Piala Malaysia 2006.

Haji Abdul Rahman juga pernah membimbing Malaysia dan dilantik pada Oktober 1998.[2] Kejohanan pertama yang disertainya ialah Sukan Asia Tenggara 1999. Pada kejohanan ini, Malaysia memenangi sebarang pingat dan lebih memalukan apabila tewas mengejut 0-6 kepada Indonesia.[3] Haji Abdul Rahman kemudian membimbing pasukan Malaysia untuk kelayakan Piala Asia 2000. Malaysia bermula baik pada peringkat awal dengan menewaskan Taipei Cina dan Thailand serta mengikat Korea Utara sebelum tewas tiga perlawanan yang terakhir kepada lawan yang sama.[4] Setelah gagal layak ke Lubnan, Haji Abdul Rahman meneruskan tugasnya dalam kempen Pestabola Merdeka dimana Malaysia muncul sebagai naib juara setelah tewas 0-2 kepada New Zealand.[5] Beliau kemudian membimbing pasukan Malaysia ke Piala Tiger 2000 dimana Malaysia mendapat tempat ketiga setelah menewaskan Vietnam 3-0.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Abdul Rahman Ibrahim pelatih baru Deltras Diarkibkan 2020-05-05 di Wayback Machine 7 Mei 2008
  2. ^ Abd. Rahman dipilih Diarkibkan 2012-02-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia, 16 Oktober 1998
  3. ^ Malaysia 0 Indonesia 6[pautan mati kekal] Utusan Malaysia, 3 Ogos 1999
  4. ^ Malaysia beri tentangan bersemangat[pautan mati kekal] Utusan Malaysia, 9 September 1999
  5. ^ Kurang pendedahan - Piala Merdeka berhijrah ke NZ[pautan mati kekal] Utusan Malaysia, 20 Ogos 2000
  6. ^ Kita tempat ketiga[pautan mati kekal] Utusan Malaysia, 19 November 2000