Abdul Rahman Khamis

Mejer Jeneral (B) Abdul Rahman Khamis adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 31 Ogos 1958 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis.

Datuk
Abdul Rahman Khamis
PGB PPM KMN JMN PJN
KelahiranAlor Gajah, Melaka
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Pangkat Mejar Jeneral
UnitRejimen Askar Melayu Diraja

Pada 8 Jul 1957, berdasarkan maklumat dari seorang pemberontak komunis yang menyerah diri pihak tentera mengarahkan Lt Abd rahman bagi memimpin Platun 11 Kompeni C, 6 RAMD untuk menjejaki perkhemahan musuh. Hasil penjejakan tersebut, kedudukan musuh dapat dikesan di sebuah kawasan lembah.

Beliau membahagikan platunnya kepada tiga kumpulan kecil untuk melaksanakan serang hendap ke atas pekhemahan tersebut. Setelah mengatur kedudukan, mereka menunggu di lorong yang akan dilalui oleh pemberontak untuk kembali ke khemah mereka. Pada jam 1445, seorang pemberontak lelaki dan wanita mula memasuki perkhemahan itu. Lt Abdul Rahman mengekori mereka dan dalam jarak 25 ela, beliau menembak dan membunuh pemberontak lelaki serta mencederakan pemberontak wanita. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 31 Ogos 1958.

Rujukan sunting