Abdul Rahman Mohamed Yassin

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin (19 November 1891 – 24 Mei 1970) merupakan anak watan negeri Johor berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor. Beliau ialah Yang di-Pertua Dewan Negara Malaysia yang pertama.


Abdul Rahman Mohamed Yassin

DK II (Johor), SPMJ, PIS, JP (Johor)
Dato' Abdul Rahman Mohamed Yassin.jpg
Yang di-Pertua
Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
11 September 1959 – 31 Disember 1968
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehTun Syed Sheh Syed Hassan Barakbah
Butiran peribadi
Lahir(1891-11-19)19 November 1891
Parit Bakar, Muar, Johor
Meninggal dunia24 Mei 1970(1970-05-24) (umur 78)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tempat persemadianMakam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
PasanganDatin Zaharah Orang Kaya Abu Bakar
Datin Kamariah Dato' Jaafar
Ungku Salamah Ungku Abdul Rahman
Anak-anak9 (termasuk Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Dato' Suleiman Abdul Rahman)
HubunganDato' Onn Jaafar (ipar)
Dato' Mohd Seth Mohd Said (besan)
Tun Dr. Awang Hassan (menantu)
Mohamed Tawfik Ismail (cucu)
Tariq Ismail Mustafa (cicit)

KeluargaSunting

Beliau berkahwin dengan Zaharah Abu Bakar dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Muar Selatan, Parlimen Malaya pertama. Anak keduanya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Johor Timor serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2. Menantu lelakinya, Tun Dr. Awang Hassan (suami kepada Khadijah Abdul Rahman) juga pernah menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Muar Selatan ekoran kematian penyandangnya, Dato' Suleiman Abdul Rahman pada 6 November 1963.[2]

KerjayaSunting

Beliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri Johor. Selain daripada itu menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.[3] Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II. Sebagai ketua Orang Tujuh, beliau menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Keturunan Orangkaya Muar dan Batu PahatSunting

Parit Bakar dahulunya dikenali sebagai Padang Muar sebelum Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884. Padang Muar pernah diperintah oleh Dato' Mohd Yassin Abdul Rahman (ayahnya) anak kepada Orangkaya Dato' Abdul Rahman Ismail, Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga Abdul Rahman berasal dari keturunan Raja Melayu Bugis Champa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan Melayu Melaka. Ekonomi keluarga bergantung kepada perkebunan dan perdagangan dan sangat mengutamakan pelajaran.

Datuk nenek moyang Abdul Rahman di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar daerah atas pelantikan Sultan Johor. Dato' Abdul Rahman di Batu Pahat juga bernama Abdul Rahman Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat (1862-1881). Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku II (1855-1862). Ahmad bin Daing Abdul Rahman pula menjadi Orangkaya Setia Minyak Beku I (1811-1855). Daing Ahmad keturunan Daing Indera Perma Paso dari Sulawesi. Daing Abdul Rahman mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan orang-orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah melumpuhkan kegiatan lanun di perairan Batu Pahat. Mulanya patuh kepada Sultan Melaka kemudian kepada Sultan Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang menjadi Sultan Johor pada tahun 1885. Pusat pemerintahan keturunan mereka Bukit Makmur atau Bukit Mor, Muar hasil persetujuan Sultan Melaka. Keluarga keturunan Bugis ini turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan sekitarnya.[4]

Meninggal DuniaSunting

Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin meninggal dunia pada 24 Mei 1970 dan telah disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.[5]

Darjah KebesaranSunting

Tempat dinamakan sempena nama beliauSunting

RujukanSunting

  1. ^ Panggilan "Yang Berhormat" dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim.[1]
  1. ^ Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar Online. Dicapai pada 5 Januari 2021.
  2. ^ Ooi Kee Beng (2007). Bukan kerana pangkat : Tun Dr. Ismail dan masanya. Bashir Basalamah. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 165. ISBN 978-983-3782-18-5. OCLC 191805054.
  3. ^ "Portal Rasmi Parlimen Malaysia - Yang di-Pertua". www.parlimen.gov.my. Dicapai pada 3 Februari 2021.
  4. ^ Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara
  5. ^ Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 32. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.CS1 maint: others (link)
  6. ^ "Sultan Perak dapat kurnia hari jadi". Berita Harian. 28 October 1967. m/s. 1.
  7. ^ "BIRTHDAY HONOURS". The Straits Times. 17 September 1941. m/s. 7.


Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Dewan Negara
19591968
Penyandang Kemudian
"Yang Pertama" Syed Sheh Hassan Barakbah