Abdul Rahman Osman

Mufti Pahang (2007-kini)

Sahibus Samahah Dato' Sri Haji Abdul Rahman Haji Osman ialah seorang agamawan Islam di Malaysia. Beliau ialah Mufti Pahang ke-8 yang dilantik pada 2008[1] hingga Mac 2024. Sebelum itu, beliau menjawat sebagai Timbalan Mufti Pahang sejak 2001.

Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji

Abdul Rahman Osman

SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC.
Mufti Negeri Pahang
Dalam jawatan
2008 – Mac 2024
Dilantik olehSultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah
Didahului olehDato' Haji Sulaiman Ahmad
Digantikan olehAsmadi Mohamed Naim
Butiran peribadi
Lahir1953
Kampung Lebak, Temerloh, Pahang

Biografi sunting

Abdul Rahman dilahirkan pada 1953 di Kampung Lebak, Temerloh, Pahang. Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh sehingga tamat darjah enam. Pada 1967, beliau dihantar belajar ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura oleh ayahnya untuk mendalami ilmu agama. Pada 1975, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan memperoleh Sarjana Muda Perundangan Syariah pada 1982.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru sandaran di Sekolah Agama Pulau Tawar, Jerantut. Dalam masa yang sama, beliau mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mengambil pengajian separuh masa dalam Diploma Kehakiman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1992. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2000.

Kadi dan mufti di Pahang sunting

Abdul Rahman pernah menjawat sebagai Kadi Daerah di tiga daerah dalam Pahang iaitu Kadi Cameron Highlands (1988-1990), Kadi Temerloh (1990-1994) dan Kadi Kuantan (1994-2001). Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Mufti Pahang pada 2001 sebelum menjawat jawatan Mufti Pahang pada 2008[1].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Pahang
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2013)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (2012)
    • Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (2008)
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2003)

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohamad Azim Fitri Abd Aziz (16 September 2018). "Mufti Pahang terkenang pengalaman pindahkan jenazah mualaf". Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2021.