Abdul Rahman Palil

Dato' Abdul Rahman Palil merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk Sementa yang telah menang tanpa bertanding dalam pilihan raya negeri Selangor 2008.[1] Beliau merupakan bekas anggota Exco Selangor Kerajaan Barisan Nasional pada 2004.

Beliau menyertai politik ketika berusia 18 tahun pada 1974 dan menjadi ADUN Sementa pada 1994. Pada 1996 buku beliau yang bertajuk Belajar dan Berjaya telah diterbitkan.

Dato' Abdul Rahman menerima pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang membawa gelaran Dato' oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 1996.

Kerjaya sunting

  • 31 Mac 2004 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat.

Politik sunting

  • April 1995 - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Selangor (BN-Umno) - Menewaskan Delingannu a/l Allagan (DAP)
  • November 1999 - ADUN Sementa, Selangor (BN-UMNO) - Menewaskan Hamidzuan Khairuddin (PKR)
  • 31 Ogos 2000 - Ketua Penerangan Umno Selangor
  • Mac 2004 - ADUN Sementa, Selangor (BN-Umno) - Menewaskan Abdul Rahman Ibrahim (PKR)
  • Mac 2008 - ADUN Sementa - Menang tanpa bertanding

Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.