Abdul Rahman Sulaiman

Jangan dikelirukan dengan Abdul Rahman Suliman.

Datuk Abdul Rahman Sulaiman (lahir 26 Mei 1946) adalah seorang ahli politik dan wartawan Malaysia berbangsa Melayu yang menjadi pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ke-10 mulai 1 Februari 2010 menggantikan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini. Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Parit Buntar bagi sesi 1995-1999.

Latar belakangSunting

Datuk Abdul Rahman lahir pada pada 26 Mei 1946 di Parit Buntar, Perak. Beliau berkahwin dengan Datin Maznah Adam dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.

PendidikanSunting

Beliau pernah bersekolah di Sekolah Umum Parit Tok Ngah dan Methodist Secondary School di Parit Buntar. Pada tahun 1973 beliau belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang komunikasi pada 1976.

KerjayaSunting

1971 bertugas sebagai wartawan kanan bernama setelah memulakan kerjaya kewartawanan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran pada 1966. Beliau dihantar ke Bangkok sebagai koresponden Bernama bagi Thailand dan Indo-China hingga 1978. Beliau ppernah menjadi Ketua Biro Johor, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama pada 1989.

Beliau mengetuai Jabatan Pengarang Bernama (1989-1995). Beliau pernah menjadi Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 2001-Mac 2010). Beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dari Mac 2009- kini.

PolitikSunting

1995 beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding kawasan parlimen Parit Buntar. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau berjaya menewaskan Idris Abdul Rauf daripada Parti Semangat 46.

AnugerahSunting

Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.[1]

RujukanSunting