Abdul Rashid bin Abdul Rahman

(Dilencongkan dari Abdul Rashid Bin Abdul Rahman)

Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman (1939 – 19 Jun 2018) ialah Menteri Besar Pahang ke-11. Beliau dilantik ke jawatan itu pada 7 November 1981 oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru ketika itu iaitu Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad. Ketika itu beliau berumur 43 tahun. Perlantikan ini menamatkan "krisis istana" Pahang ketika itu. Abdul Rahim dipindahkan ke parlimen Kuantan pada PRU 1982.

Kerjaya sunting

Abdul Rashid pernah menjadi Juruteknik Pertanian dan Pegawai Perkembangan Persatuan Peladang Pahang.[perlu rujukan]

Menteri Besar Pahang sunting

Datuk Abdul Rashid menggantikan Datuk Abdul Rahim bin Abu Bakar. Datuk Abdul Rashid merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Paya Besar sejak tahun 1974. Beliau aktif dalam politik UMNO sejak tahun 1957 lagi.

Beliau menjadi Menteri Besar Pahang yang paling singkat iaitu dari 17 November 1981 hingga 4 Mei 1982 iaitu hanya enam bulan sahaja.[1] Menteri besar paling lama memerintah Pahang ialah Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (1986 hingga 1999) selama 13 tahun.

Abdul Rashid melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dipegangnya sejak 1974 bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak mengetuainya pada 1980. Pada 4 Mei 1982, ketika berusia 29 tahun, Najib mengambil alih jawatan Menteri Besar Pahang juga daripada Abdul Rashid.[2]

Meninggal dunia sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 19 Jun 2018 pada pukul 12.20 tengah hari di rumahnya di Kubang Buaya selepas tidak menyedarkan diri pada 11.50 pagi. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan sakit tua. Beliau mulai berasa sakit pada awal April 2018 sebelum dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan selama dua bulan. Kemudian, beliau telah kembali ke rumahnya bagi rawatan tambahan pada pertengahan bulan Mei.[1][3][4]

Jenazah beliau disembahyangi di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, Pahang sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Pekan bersebelahan kubur isterinya, Puan Sri Shamsiah Razali.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohamad Shofi Mat Isa (19 Jun 2018). "Bekas MB Pahang meninggal dunia". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-19. Dicapai pada 19 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Biru Kegemaran Najib, Penyabar Adalah Sifatnya, Bernama
  3. ^ Bernama (19 Jun 2018). "Bekas MB Pahang meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 19 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Alagesh, T N (19 Jun 2018). "Former Pahang MB Abdul Rashid dies at 79" [Bekas MB Pahang MB Abdul Rashid meninggal pada usia 79]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Faiq Chong (19 Jun 2018). "Bekas MB Pahang Tan Sri Abdul Rashid meninggal dunia". Astro Awani. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
7 November 19814 Mei 1982
Penyandang Kemudian
Abdul Rahim bin Abu Bakar Mohd Najib bin Abdul Razak