Abdul Razak Abdul Hamid

Abdul Razak Abdul Hamid (7 Julai 1925[1] - 18 Julai 2013) ialah seorang ahli akademik Malaysia dan satu-satunya orang yang selamat dari pengeboman atom Hiroshima pada 6 Ogos 1945.[1][2] Seorang profesor bahasa Jepun yang terkenal, beliau diberi jolokan "Razak-sensei" oleh rakan-rakan dan pelajar universiti.[1]

Biografi sunting

Abdul Razak dilahirkan pada 7 Julai 1925,[1] di Pulau Pinang, Tanah Melayu British.[3] Pada tahun 1943, Abdul Razak, bersama-sama dengan dua pelajar Malaysia yang lain dipilih untuk belajar di Jepun untuk ijazah dalam pendidikan.[2] Abdul Razak menghabiskan satu tahun di Institut Pelajar Antarabangsa di Tokyo bermula pada tahun 1943.[2]

Beliau kemudian dipindahkan ke Universiti Hiroshima-Bunn di Hiroshima, dan merancang untuk belajar selama empat tahun di sana.[2] Beliau sekelas dengan Yura Halim dari Brunei; mereka berdua serta Hasan Rahaya dari Hindia Timur merupakan warga Nusantara yang menyaksikan dan terselamat dalam kejadian hebat itu pada 6 Ogos 1945.[4]

Kematian sunting

Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pada 18 Julai 2013, pada usia 88 tahun.[1] Abdul Razak, yang tinggal di Taman Kamariah, Gombak, Selangor, meninggalkan tiga anaknya, termasuk bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak.[1] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Ibukota di Setapak, Kuala Lumpur.[1]

Penampilan sunting

Abdul Razak dan salah seorang pelajar universitinya, Othman Puteh, menulis buku berjudul Debu Hiroshima, berdasarkan peringatan Abdul Razak tentang pengeboman dan maklumat yang dikumpulkannya di Hiroshima sejak tahun 1940-an.[3] Debu Hiroshima telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987.[3] Abdul Razak juga ditemuramah untuk dokumentari NHK mengenai mangsa terselamat Hiroshima, Japan In My Mind (Heart), yang pertama kali disiarkan di Jepun pada 6 Ogos 1988.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Malaysia's Hiroshima survivor dies aged 88". New Straits Times. Asia One. 19 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-21. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ a b c d Razak, Dzulkifli Abdul (19 July 2013). "Razak-sensei, from the ashes of Hiroshima". New Sunday Times. Universiti Antarabangsa Albukhary. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 17 August 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d Lim, Fifi (4 August 1988). "Survivor Haji Razak Recalls The Horror Of It All". New Straits Times. Universiti Sains Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2015. Dicapai pada 17 August 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Piri, Sally (23 April 2013). "Bruneian who survived Hiroshima bombings honoured". Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2016. Dicapai pada 7 Mei 2016.