Abdul Samad Ahmad

penulis Malaysia

Biografi sunting

Abdul Samad Ahmad atau A. Samad Ahmad atau 'Asmad' (1913 - 1999) merupakan penulis Malaysia yang terkenal. Dilahirkan pada (1913-11-14) 14 November 1913 (umur 110) di Bukit Raja , Kelang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Port Swettanham dan Anglo Chinese School, Kelang . Kemudian di High School Kelang hingga Junior Cambridge.

Mula menjadi wartawan di akhbar Majlis pada tahun 1934. Semasa berkerja di Majlis bergaul rapat dengan pemimpin Melayu seperti Ibrahim Yaakob , Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Kajai dan lain lain. Secara langsung melibatkan diri dengan perjuangan politik tanah air. Beliau merupakan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1937. Pada tahun 1941, beliau ditangkap oleh British bersama-sama pemimpin KMM yang lain dan dipenjarakan di Penjara Changi. Ketika di zaman Jepun pula beliau menjadi juruhebah radio di K.Lumpur. Antara karya beliau ialah Riwayat Abraham Lincoln, Batu Belah Batu Bertangkup, Kenang-Kenangan Selangor, Nakhoda Tenggang, Warisan Perubatan Melayu dan banyak lagi terjemahan buku sejarah dan novel. A.Samad Ahmad berkarya sehingga lanjut usia. Kerajaan Selangor menganugerahkan beliau dengan gelaran Sasterawan Darul Ehsan pada tahun 1985.

Latar belakang hidupnya banyak mendorong beliau mengetengahkan semula cerita-cerita lama kepada masyarakat hari ini. Sejak kecilnya lagi, beliau telah mula berminat membaca hikayat-hikayat lama sehingga beliau mengenali banyak jenis karya tersebut. Minatnya yang begitu mendalam kepada karya jenis itulah yang memungkinkan dia menyelenggara sehingga terhasilnya Sulalatus Salatin [1] disamping beberapa buah yang lain seperti Nakhoda Tenggang,[2] Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tenggang Anak Derhaka, Singapura Dilanggar Todak, Laksamana Tun Tuah, Dosaku, Zaman Gerhana, Peluru Petunang dan lain-lain.

Disamping sebagai seorang penulis, Abdul Samad Ahmad juga adalah seorang wartawan dan pejuang politik di peringkat awal kebangkitan nasionalisme di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang Akhbar Majlis, sebuah akhbar yang berpengaruh dipertengahan tahun 1940-an dan awal tahun 1950-an dan juga salah seorang tokoh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak bersama-sama Ibrahim Haji Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestamam, dan lain-lain. Kegiatan-kegiatannya inilah yang byk memberinya semangat untuk menghasilkan semula karya-karya lama dalam usaha mengembalikan kedudukan bangsa Melayu ke tempatnya yang sebenar.

Karya sunting

  1. Warisan Perubatan Melayu / diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988.
  2. Si Tenggang Anak Derhaka : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
  3. Perkhidmatan perpustakaan awam untuk kanak-kanak / Lionel R. McClovin ; [terjemahan A. Samad Ismail].: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
  4. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu/ Penyelenggara: A. Samad Ahmad : Dewan Bahasa dan Pustaka. : 1979.
  5. Kebudayaan secara umum / Asmad (A. Samad Ahmad) :Associated Educational Distributors (M), 1990.
  6. Peluru Petunang / diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
  7. Serangkai warisan sejarah / diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
  8. Hikayat Amir Hamzah / diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad ; [editor, Ghazali Sulaiman].:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.
  9. Zaman gerhana / A. Samad Ahmad : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
  10. Laksamana Tun Tuah.  : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
  11. Batu belah batu bertangkup. : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
  12. Tak Melayu Hilang Di Dunia : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Rujukan sunting