Abdul Samad Gul Ahmad Mianji

Abdul Samad bin Gul Ahmad Mianji ialah bekas ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Kelantan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1964 hingga kematiannya pada Julai 1967. Jawatan terakhir beliau selain Ahli Parlimen ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1].

Abdul Samad Gul Ahmad Mianji

Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Mas Hulu
Dalam jawatan
1964 – 3 Julai 1967
Didahului olehPAS logo.svg Mohamed Hanifah Abdul Ghani
Digantikan olehPAS logo.svg Tengku Zaid Tengku Ahmad
Butiran peribadi
LahirAbdul Samad bin Gul Ahmad Mianji
1935
Meninggal dunia1967(1967-00-00) (umur 31–32)
Kota Bharu
Sebab kematiankecederaan otak, dibunuh
Tempat persemadianTanah Perkuburan Kampung Dusun, Kota Bharu
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia

KematianSunting

Abdul Samad Gul dibunuh pada 3 Julai 1967 di Jalan Hulu Pasar, Kota Bharu. Beliau telah ditetak dengan kapak kecil pada bahagian telinga dan tengkuk sehingga berlaku pendarahan yang banyak dan mengakibatkan kematian. Beliau dikatakan keluar dari Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, selepas menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi, dan ditetak ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta miliknya pada jam 12.15 tengah malam. Beliau disahkan meninggal dunia pada 6.00 pagi, 3 Julai 1967 akibat kecederaan otak[2].

RujukanSunting

  1. ^ "Mengenang 50 tahun Abdul Samad Gol Ahmad Mianji :Kenapa dan bagaimana beliau di bunuh?". Daulah Rakyat. Julai 4, 2017. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  2. ^ Anwar Hussin (Ogos 3, 2019). "Masih ramai 'gedebe' di Kelantan". BHarian. Dicapai pada 17 Disember 2021.