Abdul Wahab Yunus
Abdul Wahab Yunus merupakan bekas Adun Ulu Dungun (1964-1969) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.Seterusnya menjadi Ahli Parlimen Dungun (1969-1978) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Ketika PAS dijemput masuk menyertai Barisan Nasional pada era Tun Abdul Razak, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (14 April 1977-17 November 1977).
Abdul Wahab Yunus PJK (Terengganu) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Dungun | |
Dalam jawatan 1969–1978 | |
Didahului oleh | Suleiman Ali |
Digantikan oleh | Awang Jabar |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Ulu Dungun | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Didahului oleh | Omar Shukri Embong (PAS) |
Digantikan oleh | Omar Shukri Embong (PAS) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1941 |
Mati | 15 Ogos 2016 Tanah perkuburan Syed Yahaya, Dungun |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (1999-2016) Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (1990-1999) Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983-1990) Parti Islam Se-Malaysia (1956-1983) |
Kemudian beliau menjadi Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar AMBS, Dungun (1979-1982) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun (1982-sekarang).
Beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983).[1]