Abdullah Abbas Nasution

ulama Kedah

Haji Abdullah Abbas Nasution merupakan salah seorang tokoh ulamak Kedah yang banyak menabur bakti bagi menyebarkan ugama Islam.

Pada usia meningkat dewasa beliau memimpin persatuan ulamak yang aktif di Kedah Darul Aman dan aktif dalam kegiatan pendidikan Islam. Abdullah Abbas Nasution juga merupakan salah seorang penaja dan orang kuat dalam penubuhan Persatuan Ulamak Kedah (PUK), ketika menjadi mudir di pondoknya sendiri, Maahad Ehya Al-Ulum Addiniah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

Abdullah Abbas Nasution telah dlantik sebagai Setaiusaha Penaja Persatuan Ulamak Kedah, dan kemudiannya sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Ulamak Kedah. Selepas itu beliau dilantik sebagai menjadi Penolong Setiausaha PUK pada Januari 1946 sehingga 1949, disebabkan jarak Persatuan Ulamak Kedah dengan pondoknya dan kesukaran pengangkutan.

Pautan luar sunting