Abdullah Bin Bayyah

Ulama Mauritania

Syeikh Abdullah bin al-Mahfuz bin Bayyah ialah seorang tokoh ilmuwan Islam yang terkenal dari Mauritania. Beliau ialah pengasas Forum Memperkasa Keamanan dalam Masyarakat Muslim dan Majlis Hukama Muslimin. Beliau pernah dilantik sebagai naib pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa.[1]

Abdullah Bin Bayyah
Pengerusi Majlis Fatwa
Emiriah Arab Bersatu
Memegang jawatan
2018
Naib Presiden Mauritania
Dalam jawatan
1970–1978
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
2004–2013
Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili dan Ayatollah Muhammad Wa`izzada
Didahului olehJawatan baru
Digantikan olehAbdul Hadi Awang
Butiran peribadi
LahirAbdullah bin al-Mahfuz bin Bayyah
1935
Timbedra, Mauritania
Kewarganegaraan Mauritania

Kehidupan peribadi sunting

Beliau lahir pada tahun 1935 di Timbedra, Mauritania. Beliau membesar dalam suasana ilmu dan keluarga yang warak. Pada peringkat awal, beliau banyak belajar dan mengambil ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Syeikh al-Mahfuz. Beliau mempelajari ilmu bahasa Arab daripada Syeikh Muhammad Salim bin al-Shin, manakala ilmu al-Quran daripada Syeikh Bayyah bin al-Salik al-Masumi.[2] Beliau telah mempelajari kesemua ilmu syariah di mahdarah (pondok di Mauritania). Dunia Islam melihat beliau sebagai tokoh moderat dan sederhana. Fatwa-fatwa beliau khasnya dalam isu-isu melibatkan kelompok minoriti Islam di barat menjadi rujukan umat Islam di sana. Fatwa dan pendapat beliau disifatkan sebagai sangat teliti dan bertitik tolak daripada kerangka usul syariat serta kefahaman yang jelas terhadap realiti dan suasana semasa. Oleh itu beliau mampu mengemukakan jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi daripada isu-isu baru yang timbul di dunia Islam.

Universiti Georgetown telah beberapa kali menobatkan beliau sebagai salah seorang daripada 50 orang Islam berpengaruh sejak 2009. Beliau mendapat anugerah "guru era kini" dalam Anugerah Pemuda Untuk Kerja Islam pada sesi ketujuh di Bahrain[3].

Kerjaya sunting

Syeikh telah terpilih bersama kumpulan pertama yang dihantar ke Tunisia untuk menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Setelah beliau pulang, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting. Beliau dilantik sebagai ketua mahkamah syariah di bawah kementerian perundangan, kemudian sebegai timbalan ketua mahkamah rayuan, kemudian timbalan ketua mahkamah tinggi, dan ketua bahagian syariah dalam mahkamah yang sama.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hal Ehwal Islam bagi Republik Islam Mauritania.[4] Pada waktu tersebut beliau mencadangkan pembentukan Kementerian Hal Ehwal Islam. Beliau menjadi menteri pertama bagi portfolio tersebut setelah ia tertubuh. Beliau juga pernah memegang portfolio Kementerian Pelajaran Asas dan Agama, Kementerian Perundangan, Kementerian Sumber Manusia -merangkap Timbalan Perdana Menteri-, serta beberapa portfolio penting lain dalam kerajaan.

Beliau adalah Setiausaha Agung Parti Rakyat Mauritania, yang merupakan satu-satunya parti pemerintah daripada tahun 1970 sehingga 1978.

Sekarang beliau adalah profesor di Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, Presiden Forum Keamanan, dan Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu

Penulisan sunting

  • Tawdih Awjuh al-Ikhtilaf al-Aqwal
  • Hiwar 'an bu'd Hawl Huquq al-Insan (Dialog Dari Jauh Tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam)
  • Khitab al-Amn fi al-Islam (Seruan Keamaan dalam Islam)
  • Amali al-Dalalat
  • Sadd al-Dharai' wa Tatbiqatuhu
  • Fatawa Fikriyyah
  • Sinaah al-Fatwa
  • Maqasid al-Muamalat
  • al-Irhab al-Tashkhis wa al-Hulul (Terrorisme: Diagnosis dan Penyelesaian)
  • Tanbih al-Maraji'

Rujukan sunting