Abdullah Chik
Abdullah Chik atau nama penuhnya Abdullah Mada Sahib Chik (1 Disember 1934 - 19 September 1995) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Abdullah Chik | |
---|---|
Kelahiran | Abdullah Mada Sahib Chik 1 Disember 1934 |
Meninggal dunia | 19 September 1995 | (umur 60)
Pekerjaan | penyanyi |
Tahun aktif | 1960an–1970an |
Abdullah Chik pernah menghasilkan piring hitam bersama penyanyi Alwiah Kasmah.
Lagu-laguSunting
- Kanda Tetap Menanti
- Bermacam Rayu
- Kaseh Terhalang (ciptaan Harry Ismail)
- a)[1]
KematianSunting
Pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas bersama Noraniza Idris di Kota Bharu, Kelantan, beliau jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya.
RujukanSunting
Pautan luarSunting
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.