Abdullah Fadzil Che Wan

Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan (lahir 30 Julai 1945 di Bukit Chandan) adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO Malaysia.

Toh Muda Dato' Seri Dr.

Abdullah Fadzil Che Wan

SPMP, DPCM (Perak)
Orang Besar Jajahan Kinta, Perak
Dalam jawatan
1 Februari 2000 – 28 Februari 2015
Sultan
Didahului olehAzizul Hassan Abdul Rani
Digantikan olehAb. Wahab Azizul Hassan
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 14 Disember 1999
Menteri
Didahului olehWan Abu Bakar Wan Mohamed
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri Luar Malaysia
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 8 Mei 1995
Menteri
Didahului olehAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Digantikan olehLeo Michael Toyad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bukit Gantang, Perak
Dalam jawatan
6 Oktober 1986 – 4 Mac 2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehTan Lian Hoe
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
18 Februari 1986 – 17 Februari 1989
Dalam jawatan
16 Disember 1982 – 15 Disember 1985
Butiran peribadi
LahirAbdullah Fadzil bin Che Wan
30 Julai 1945
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal dunia6 September 2023 (78 Tahun)
Kajang, Selangor
Parti politik UMNO
PasanganDatin Seri Ezatul Hamsiah Dato' Seri Hussein
Anak-anak7
Ibu On Zahariah Abu Bakar
BapaChe Wan Kulop Mohd Yusuff
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Keluarga sunting

Lelaki ini yang dilahirkan pada 30 Julai 1945 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Bapanya Che Wan merupakan 'Orang Besar Jajahan Kinta' dan ibunya Oon Zariah Abu Bakar. Ibunya adalah ahli politik wanita terawal negara dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974.

Beliau bapa kepada tujuh anak, empat lelaki dan tiga perempuan. Isterinya, Datin Seri Ezatul Hamsiah binti Dato' Seri Hussein menjadi AJK Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia . Beliau akan bermain gitar dan piano selain melukis apabila ada masa lapang.[1]

Pendidikan sunting

Beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, negeri Perak bersama Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan Tan Sri Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali. Tokoh pejuang kemerdekaan yang bersekolah di sini ialah Ahmad Boestamam.

Selepas itu beliau bersekolah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR),Jalan Dairy, Ipoh. Beliau menjadi doktor selepas belajar bidang perubatan di Universiti Pajab[2] di Lahore, Pakistan.

Kerjaya sunting

Sekembali dari Lahore, beliau bertugas sebagai doktor di Hospital Jitra dan berpindah-randa ke beberapa hospital lain.. Pada1976, beliau membuka klinik sendiri 'Klinik Che Wan' di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

Politik UMNO sunting

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Pada 1982, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat memandangkan potensi bakat dan kepintaran yang dimilikinya. Pada 1970-an, beliau pernah berjumpa dengan Mahathir bin Mohamad dan isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali memandangkan beliau pernah berkhidmat di Hospital Jitra, Kedah. Dalam dunia sukan badminton, beliau bersama Siti Hasmah membangunkan sukan badminton.

Beliau menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang selama 4 penggal. Oleh kerana parlimen Bukit Gantang dikira kubu Barisan Nasional - UMNO, maka pada tahun 2004, parlimen ini diserahkan kepada wanita Gerakan, Tan Lian Hoe. Sebenarnya beliau berpotensi menjadi Menteri Besar Perak yang ketika itu disandang oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Parlimen Bukit Gantang sunting

Pilihan raya Bukit Gantang yang dimenangi oleh Abdullah Fadzil Che Wan dari 1986 hingga 1999. Kejayaannya itu membolehkan beliau mewakili Perak memegang jawatan Timbalan Menteri Luar Malaysia dan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Tahun Lawan Parti Lawan Majoriti
1986 Baharddin Abd Latif   PAS 6,951
1990 Ustaz Azizan Mohamed Desa   PAS 7,213
1995 Abdullah Hudi Abdul Latif   Semangat 46 15,154
1999 Roslan Shaharum   PAS 5,101

Selepas ketiadaan beliau di Parlimen Bukit Gantang, kawasan itu terlepas kepada PAS / Mohammad Nizar Jamaluddin. Turut digugurkan pada 2004 ialah Speaker DUN Perak, Dato' Seri Junus Wahid dan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Rahim (Sungai Manik sejak 1986). Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Negeri.

Orang Besar Jajahan Kinta sunting

Selepas bersara dari politik, beliau dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kinta di Perak pada 2004 selepas namanya digugurkan. Jawatan ini diwaris daripada datuk moyang di negeri Perak. Tugas sebagai Orang Besar Jajahan Kinta adalah sebagai mata dan telinga kepada Sultan Perak selain menjalankan tugas sebagai penasihat kepada beliau dalam hal dan perkara berkaitan dengan dengan daerah Kinta.

Pada 2009, beliau menerima anugerah Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja daripada Sultan Perak bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Ke-81 yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. [3]

Sukan badminton sunting

Beliau pernah menyandang Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Mulanya sebagai Timbalan Presiden BAM untuk beberapa ketika, Abdullah akhirnya menjawat jawatan Presiden pada 1993 hingga 2000. Namun BAM sehingga kini gagal memenangi Piala Thomas yang begitu berprestij. Malaysia menjadi juara Piala Thomas 1992, ketika beliau menjawat jawatan nombor dua di dalam BAM. Selepas bersara dari sukan badminton, jawatan beliau diambil alih oleh Datuk Mohd Nadzmi Salleh.

Ahli perniagaan sunting

Beliau juga terlibat dalam industri sarang burung walit yang diterokai secara besar-besaran bersama beberapa rakan kongsinya. Syarikatnya ialah Kumpulan Syarikat Swiftlet Eco Park, Syarikat ini adalah syarikat terbesar di Malaysia yang terlibat dalam industri sarang burung dan penternakan burung walit. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan.[4]

Syarikat tersebut adalah Pemaju Taman Eko Burung Walit terbesar diMalaysia dan didunia. syarikat juga mengurus Skim Kepentingan Kongsitani Burung Walit yang pertama di Malaysia.

Kumpulan Syarikat Swiftlet Eco Park juga merupakan syarikat yang pertama yang bekerjasama dengan universiti & institut untuk menjalankan kajian & penyelidikan tentang kebaikan Sarang Burung dan syarikat pertama yang menghasilkan produk berasaskan Ekstrak Sarang Burung.

Syarikat tersebut juga merupakan syarikat Jualan Langsung Pertama yang mempromosikan produk-produk Sarang Burung,

Kumpulan Swiftlet menjalankan perniagaan pusat kecantikan dan kesihatan yang menyediakan rawatan kecantikan berasaskan produk penjagaan kulit & kecantikan Sarang Burung secara francais.

Beliau juga Pengerusi, Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd.[5]

Dia kini dilaporkan mengalami Demensia. [6]

Darjah kebesaran sunting

Darjah kebesaran yang diterima[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Mata dan telinga Sultan[pautan mati kekal]
  2. ^ Mata dan telinga Sultan[pautan mati kekal]
  3. ^ "Zambry dahului penerima darjah kebesaran Sultan Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-22. Dicapai pada 2012-05-04.
  4. ^ Lembaga Pengarah[pautan mati kekal]
  5. ^ SBCs AND P1 SPEARHEAD 4G BROADBAND INFRASTRUCTURE
  6. ^ Missing ex-deputy minister found after eight hours
  7. ^ Semakan penerima darjah kebesaran