Abdullah Husin

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Abdullah Hussin)

Ustaz Abdullah Husin merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.

Ustaz Haji

Abdullah Hussin
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional Johor
Memegang jawatan
5 Januari 2021
PengerusiMuhyiddin Yassin (2020-2022)
Sahruddin Jamal (2022-kini)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Pesuruhjaya PAS Johor
Memegang jawatan
2019
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehMahfodz Mohamed
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Puteri Wangsa
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehAbdul Halim Suleiman (BN-UMNO)
Digantikan olehMazlan Bujang (PPBM)
Ketua Dewan Ulamak PAS Johor
Dalam jawatan
1997–2017
Digantikan olehAzlisham Azahar
Butiran peribadi
Lahir (1961-11-13) 13 November 1961 (umur 62)
Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHabibah Hussain
Anak-anak5
KediamanJohor Johor
PekerjaanAhli politik, Ulama

Beliau merupakan bekas anggota Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor yang bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018[1].

Di peringkat parti, beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor selama 20 tahun dari 1997 hingga 2017.

Semasa menjadi wakil rakyat, Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.

Selepas kemelut politik Malaysia yang turut menukarkan pentadbiran kerajaan negeri Johor, Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang[2].

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional negeri Johor sehingga kini[3].

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Calon Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
1999 N4 Serom Abdullah Husin PAS 6,404 Abdul Ghani Othman BN (UMNO) 14,652 8,248
2004 N26 Machap Abdullah Husin PAS 2,533 Abd Hamid Abd Rahman BN (UMNO) 10,088 7,555
2008 N26 Machap Abdullah Husin PAS 4,731 Abd Hamid Abd Rahman BN (UMNO) 8,909 4,178
2013 N41 Puteri Wangsa Abdullah Husin PAS 20,357 Soorianarayanan Muniandy BN (MIC) 16,888 3,469
Ravindran Doraisamy Bebas 973
2018 N41 Puteri Wangsa Abdullah Husin PAS 2,654 Mazlan Bujang PH (Bersatu) 37,545 24,959
Abdul Aziz Tohak BN (UMNO) 12,586
Lim Yak Hong Bebas 544
Ting Choon Chai Bebas 116
2022 N54 Pulai Sebatang Abdullah Husin PN (PAS) 5,967 Hasrunnizah Hassan BN (UMNO) 12,473 6,325
Suhaizan Kaiat PH (Amanah) 6,148
Abd Rashid Abd Hadi Pejuang 329

Rujukan sunting

  1. ^ The Editor (27 November 2013). "Chinese Press: Objection against call to close shops for Friday prayer". The Edge Markets. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-13. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  2. ^ Hishyam Husin (6 September 2020). "Pemimpin masyarakat DUN Pulai Sebatang bertemu". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-20. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  3. ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021.

Pautan luar sunting