Abdullah Abdul Kadir Munshi

(Dilencongkan dari Abdullah Munshi)

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) ialah seorang penulis kelahiran Melaka

Abdullah Abdul Kadir
عبد الله عبد القاد
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
Info kelahiranAbdullah bin Abdul Kadir
1796[1]
Melaka, Melaka Belanda
Kematian1854 (berumur 57–58)[1]
Jeddah, Empayar Uthmaniyah
PekerjaanPenulis, penterjemah dan guru
TempohAbad ke-19
GenreBukan cereka
SubjekSejarah Tanah Melayu

Beliau disegani sebagai antara pelopor dalam bidang persuratan bahasa Melayu secara amnya[2] khususnya dalam penerapan kewartawanan dalam penulisan bahasa Melayu semasa lalu mengubah pendekatan penulisan dalam bahasa Melayus ecara ketara; hal ini menyumbang kepada jolokan ebagai Bapa Sastera Melayu Moden.[3] Beliau diberikan gelaran "Munshi" atas kebijaksanaannya ini, gelaran bahasa Parsi ini bermaksud "pendidik" atau "guru".

Beliau meninggal dunia di Mekah semasa mengerjakan haji pada 1854.

Awal hidupSunting

Abdullah lahir pada Ogos 1796 di Kampung Pali, Melaka Belanda; beliau keturunan Jawi Peranakan darah kacukan Tamil[4] dan Hadhrami Yaman melalui seorang datuk.[5] Ayahnya sendiri seorang pengajar bahasa kepada para pegawai jajahan Barat yang ada di Nusantara.

Beliau anak bongsu lima adik beradik. Keempat-empat abangnya meninggal dunia semasa kecil,[6] dan beliau dijaga seberapa orang tua angkat mengikut adat setempat untuk menjaga daya lali badannya. Butiran hidup ini ada diterangkan dalam autobiografi beliau berjudul Hikayat Abdullah.

Kerjaya penulisanSunting

Beliau mengikuti jejak ayahnya sebagai seorang guru bahasa Melayu kepada askar-askar India dalam garison Melaka. Beliau kemudiannya beralih mengajar bahasa Melayu kepada para peniaga Inggeris dan Amerika Syarikat.

Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford Raffles di Singapura selaku Leftenan Gabenor Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1815, beliau telah menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian di Singapura dan Melaka seperti London Missionary Society[1] dan American Board of Missions.[1] Beliau mula mendalami bidang penulisan atas galakan seorang mubaligh yang mengupahnya, Alfred North,[7] berikutan pembacaan catatan pelayarannya merantau ke pantai timur Tanah Melayu.[1]

Beliau juga menguasai bahasa Tamil, Arab, Hindustani dan bahasa Inggeris. Beliau pernah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai guru, penterjemah buku dan penulis buku.[8][sumber tak boleh dipercayai?]

Senja hidupSunting

Abdullah bertolak dari Singapura dalam suatu pelayaran ke Mekah pada tahun 1854 untuk mengerjakan ibadah haji di sana.[9] Dalam pelayaran inilah beliau menulis catatan pengalamannya sepanjang perjalanan dengan judul Kisah pelayaran sampai ke Mekah. Beliau meninggal dunia akibat kolera tidak lama selepas memulakan ibadat hajinya antara 8 dan 18 Mei 1854 pada usia 59 tahun.

Ada juga sejarawan yang berhujah beliau sendiri diamati tidak sempat tiba di Mekah bahkan meninggal di Jeddah bulan Oktober 1854.[10][11]

PenulisanSunting

 
Hikayat Abdullah dalam tulisan jawi

Nahu bahasa MelayuSunting

Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Hikayat-hikayat dikarangSunting

Dalam riwayat penceritaan diri beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada corak penulisan tradisional.

Banyak antara karya beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.[12] Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan paling utama antara karya pengulasan ini dengan adanya tulisan memberi nasihat terbuka kepada para raja Melayu. Dalam hikayat ini, beliau membuat perbandingan diperhati antara sistem raja Melayu dengan sistem jajahan British;[13] beliau turut menulis hujahan bahawa sistem kerajaan terbawa mengekang pembangunan masyarakat yang utama dalam kalangan orang Melayu kerana sifat Sultan yang diperhatikan berperwatakan mementingkan diri daripada rakyat kebanyakan atau jelata yang dilayan sejauh bagaikan haiwan. Maka, Abdullah berpendapat ketindasan yang dilakukan ke atas rakyat ini tidak dapat dibendung melainkan dengan pendidikan sebaiknya diberikan kepada masyarakat Melayu

PeninggalanSunting

Beliau antara tokoh tempatan diperingati semasa keraian dwiabad Singapura moden dengan terdirinya patung-patung arca di tepian Sungai Singapura tahun 2019 selain Tan Tock Seng dan Sang Nila Utama.[14]

Senarai karyaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). Abdullah bin Abdul Kadir. Encyclopædia Britannica (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. halaman 23. ISBN 978-1-59339-837-8.
  2. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 71. ISBN 978-0-86840-598-8.
  3. ^ World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1218.
  4. ^ Ainslie Thomas Embree (1988). Encyclopedia of Asian History. Macmillan Publishers. halaman 6. ISBN 978-0-684-18619-1.
  5. ^ Emily Hahn (2007). Raffles of Singapore – A Biography. READ BOOKS. m/s. 124. ISBN 978-1-4067-4810-9.
  6. ^ The Autobiography of Munshi Abdullah
  7. ^ "Alfred North | American missionary". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-07.
  8. ^ www.scribd.com [dalam talian] Dipetik daripada: https://www.scribd.com/doc/94638450/LATAR-BELAKANG-DAN-SEJARAH-MUNSYI-ABDULLAH.html [Dicapai pada: 22 Jun 2017].
  9. ^ Ché-Ross, Raimy (2000). "Munshi Abdullah's Voyage to Mecca: a preliminary introduction and annotated translation". Indonesia and the Malay World. 28 (81): 182.
  10. ^ A. Wahab Ali (2004). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. m/s. 82. ISBN 978-983-2620-32-7.
  11. ^ Khair Abdul Salam & Zulkifli Khair (2007). Cerita-cerita motivasi untuk ibadah haji dan umrah. Pts publications. m/s. 86. ISBN 978-983-3372-46-1.
  12. ^ Exhibitions.nlb.gov.sg (n.d.). AKSARA-The Passage of Malay Scripts. [dalam talian] Dipetik daripada: http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/4/gallery-4-p1.html [Dicapai pada: 15 Jun 2013].
  13. ^ Siti 68-517-5 (2010). Malay Literature of the 19th Century. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 116.
  14. ^ "4 arca baru hiasi tepian Sungai S'pura bagi memperingati tokoh-tokoh pembangunan negara". Berita Mediacorp. 1 April 2019. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
  15. ^ Menelisik Karya Munshi Abdullah