Abdullah Sanusi Ahmad

Allahyarham Tan Sri Dato' Dr. Haji Abdullah Sanusi bin Ahmad (30 Januari 1936 – 29 November 2003)[1] merupakan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Biodata sunting

Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1936 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah melangsungkan perkahwinan dengan Puan Sri Hashimah Hj Ismail dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Faizal, Mudzafar, Redza dan Iskandar. Beliau juga mempunyai 3 orang menantu iaitu Dr.Sharifah Aishah, Dia Fadila dan Ivanna Yazmin.

Beliau mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Ekonomi, Pengajian Melayu dan Belanda pada 1960 dan 1961 daripada Universiti Malaya Singapura (1960) dan Universiti Malaya Kuala Lumpur (1961). Kemudian beliau mendapat Certificate in Government dan Development, Oxford University, United Kingdom (1967) dan Certificate in Management Services, Royal Institute of Public Administration (London) (1968). Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedua di Pittsburg University, Amerika Syarikat dan Southern California University, Amerika Syarikat. Akhirnya beliau menamatkan ijazah kedoktorannya di Southern California Univeristy, Amerika Syarikat.

Pengalaman sunting

Mendapat pendidikan awal di Tuanku Muhammad School (TMS) , Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam kerajaan,antaranya Pengarah Awam Unit Pengurusan Moden dan Tenaga Kerja, Jabatan Perdana Menteri (Apr. 1977-Dis 1980), Setiausaha Am Kementerian Perusahaan Awam (Jan. 1981-Mac 1986), Naib Presiden Sektor Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS (Apr 1986-1994), Naib Canselor Universiti Malaya dari tahun 1994 hingga 2000 serta Presiden dan Ketua Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dari April 2001 hingga 2003.

Dalam sektor koperasi,beliau telah menjadi Ahli Lembaga syarikat-syarikat besar seperti Lembaga Padi dan Beras Negara, Petronas Carigali Sdn.Bhd. dan Nationwide Express Courier Bhd.

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 29 November 2003 kerana sakit jantung. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.00 petang hari berkenaan.

Hasil tulisan sunting

  1. Masalah Ekonomi Malaysia (DBP, 1966)
  2. Peranan Jabatan Mengarang (DBP, 1966)
  3. Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan - Koleksi Ceramah Umum (DBP, 1994)

Anugerah yang diterima sunting

  1. The Kennedy Star (1995)
  2. D.S.N.S (1981)
  3. K.M.N (1973)
  4. P.S.M (1997)

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Chapman, Karen (30 November 2003). "President of open varsity dies". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  1. Majalah Varsiti Universiti Malaya 1997/98