Abdullah Ya'kub

ahli politik Malaysia, Yang Dipertua DUN Kelantan
(Dilencongkan daripada Abdullah Yaakob)

Dato' Haji Abdullah Ya'kub adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas pada 1995 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.

Dato' Haji
Abdullah Ya'kub
DJMK (Kelantan)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului olehMohd Nasuruddin Daud
Digantikan olehMohd Amar Abdullah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Ayer Lanas
Dalam jawatan
20082013
Didahului olehMustapa Mohamed
Digantikan olehMustapa Mohamed
Dalam jawatan
19952004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMustapa Mohamed
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
19992004
Menteri BesarNik Abdul Aziz bin Nik Mat
Portfolioakan dikemas kini
Dalam jawatan
19961999
Menteri BesarNik Abdul Aziz bin Nik Mat
Portfolioakan dikemas kini
Maklumat peribadi
LahirMeranti, Pasir Mas, Kelantan
Parti politik PAS
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli Politik

Latar belakang

sunting

Beliau dilahirkan di Meranti, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama Khairia, Pasir Mas. Kemudian beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, India dan menyambung pengajian sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan.

Pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi Abdullah Yaakob
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Majoriti
1995 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 4,540 Mustafa Musa (BN-UMNO) 4,131 409
1999 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 5,634 Zainon Abidin Ali (BN-UMNO) 4,502 1,132
2004 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 4,319 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 5,118 799
2008 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 5,690 Azmi Setapa (BN-UMNO) 4,895 795
2013 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 6,558 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 6,605 47
2018 DUN Air Lanas, Kelantan Abdullah Yaakob (PAS) 6,884 Mustapa Mohamed (BN-UMNO) 7,243 359
Dr Aminuddin Yaacob (PH-PPBM) 608

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan

sunting

Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan dari 2013 hingga 2023.[1] Beliau telah dilantik menggantikan Dato' Mohd Nassuruddin Daud.[2]

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Kelantan
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' - 2013[3]

Rujukan

sunting